Monday, December 8, 2014

SYURGA SEBAGAI SEBAB TERAKHIR ~

Alhamdulillah.
Hari itu Allah izinkan untuk mendengar kuliah,
Dengan tajuk yang ramai orang familiar rasanya,
Iaitu khusyuk dalam solat.

Khusyuk dalam solat adalah salah satu nikmat yang hilang di akhir zaman ni.
Disampaikan oleh syeikh dari Mesir yang fasih berbahasa Melayu.
MasyaAllah.Tabarakallah.
Nak menangis dengan ilmu hari itu.
Betapa halusnya ilmu Allah.

Sheikh tanya,
Andai diberi pilihan untuk kita terus masuk ke syurga,
Atau solat 2 rakaat kemudian masuk ke syurga,
Yang mana pilihan kita?

Ramai jawab,
Terus masuk syurga.
Sheikh cakap,
Bagusssss..

Syurga itu khaliq atau makhluk?
Semua jawab makhlukkkk..

Maksudnya,
Kita beramal untuk mendapatkan makhluk.

Sedangkan kalau kita solat 2 rakaat,
Kita solat adalah kerana Allah,
Khaliq kita.

Syurga itu hanyalah sebagai ganjaran sahaja.
------
Antara pesanan akhir beliau ;
1. Solat,ikhlas lillahitaala.Syurga adalah sebab akhir.
2. Fahamkan Al-Quran.
Cari hidayah Allah melalui Al-Quran.
Sebab Allah sendiri cakap,
Kitab ini tiada keraguan padanya,
Petunjuk bagi orang bertaqwa.
.
.

Bila kita tak pakai tudung,
Bila kita tak solat,
Dan sebagainya,

Bukan sebab belum dapat hidayah,
Tapi sebab kita belum cari hidayah.

Sheikh cakap,
Kalau kita dah pakai tudung,
Tapi tudung terbang,
Pakai lagi,
Terbang lagi,
Macam itu,
Bukan salah kita,
Tapi salah tudung.
Itu baru namanya hidayah belum sampai.

Hehe.
=)


Wallahua'lam.

Najwa Syolehah Jaafar
AlwaysALearner

No comments:

Post a Comment