Saturday, January 3, 2015

JODOH ITU KERJA ALLAH,YAKINLAH! ~

Mahu dengar cerita keajaiban dari Allah tentang jodoh ?
Kisah benar ini.

https://www.youtube.com/watch?v=PjlSaqmVwyo

Ustaz ada sebut tentang ' God Sign ' .
Atau bahasa Melayu disebut,
Tanda-tanda Allah.

Dalam Al-Quran,
Allah sebut sebagai 'aayatun min aayatillah' , 
Dalam surah Yasiin.

-------
Pengalaman diri saya sendiri.

Berminat nak tahu ?
=)


Ada satu masa itu,
Dalam usaha mencari,
' Siapakah bakal imamku ? '
;p

Allah datangkan tanda-tanda Nya,
Iaitu muncul seorang kenalan lama.

Waktu itu,
Memang yakin,
Bahawa dialah yang Allah sudah hantar sebagai jodoh saya.

Setelah bukan hanya sekali tanda yang Allah tunjuk,
Malah 3kali berturut-turut tanda yang sama.

Apatah lagi,
Pernah ada cerita waktu sekolah dahulu dengan kenalan itu.

Ya,
Kuat rasanya waktu itu,
Dialah bakal jodohku.

Sampai satu masa,
Setelah beberapa minggu dari tanda akhir yang Allah bagi,
Saya terima satu kad jemputan kahwin dari seorang kenalan lain.

Dan kad kahwin tersebut,
Sudah tentu-tentu lah milik kenalan itu sendiri.

Saya buka untuk melihat siapakan nama kepada bakal suami kenalan itu,
Bila buka ,
Allahu.
Saya lihat,
.
.
.
.
Rupa-rupanya nama yang saya fikirkan jodoh saya itu,
Ada tertulis dalam kad tersebut.

Kenalan saya itu,
Mengadakan majlis kenduri serentak dengan kenduri 'jodoh tak jadi' saya itu.
Huhu.

Allahu,
Waktu itu,
Perasaan dalam hati ,
Hanya Allah saja yang tahu.

Kerana sepanjang tanda-tanda yang Allah bagi itu,
Kenalan saya itu tidak langsung menampakkan atau mengkhabarkan kepada saya yang dia akan berkahwin.
Sebab itu,saya langsung tidak mengagak yang nama dia tertulis dalam kad tersebut.

---
Apa pun,
Redha dalam kecewa.
Dan,
Terasa sangat-sangat,
Ibarat Allah cakap,
" Jodoh kamu itu Aku yang tentukan.
Kamu tiada urusan tentang itu. "

Macam terkena tamparan yang besar ,
Dari peristiwa itu.
Dan ambil keputusan,
Angkat tangan,
Dan serah segala-galanya pada Allah urusan jodoh.
Diri ini hanya kerdil,
Tak tahu apa.

T_T

Waktu kenduri mereka,
Hadir bersama emak,
Dan ceritakan peristiwa itu pada mak.
Hehe.

---

Kadang-kadang Allah turunkan tanda,
Tetapi tanda itu tidak menyebelahi kita.

Sebaliknya pandang ia sebagai satu kebesaran Allah.
Apa jua yang Allah hendak tunjukkan pada kita,
Ya,itu yang Dia tunjuk.
Kemudian kita lah harus fikir akan hikmahnya.

Setelah peristiwa itu,
Siapa juga yang datang,
Saya serahkan pada Allah.

Tak mahu lagi ada perasaan kecewa di kemudian hari,
Atas harapan yang kita bina sendiri .
Kan..
=)

Wallahua'lam.




No comments:

Post a Comment