Bismillah..
Di ikim,
Ada hari tertentu ,
Ada satu slot di mana mereka menjemput 'saudara baru' untuk berkongsi
pengalaman mereka selama menganut agama Islam.
Saya cinta dengan slot ini.
Pendapat jujur saya sebagai manusia yang original dilahirkan Muslim,
Saya perlu banyak belajar soal akidah dari perkongsian saudara-saudara
baru saya di luar sana.
Mereka kenal Allah kerana mencari kebenaran,
Sedangkan saya mengenal Allah melalui keturunan.
Saya Muslim yang gagal menghayati Islam dalam kehidupan,
Kerana tidak mengenal apa yang benar, apa yang tak benar.
Dan saya pasti,
Ramai sangat lagi diluar sana yang alami situasi yang sama dengan saya.
Tapi,
Don't worry.
Kasih sayang dan rahmat Allah Maha Luas,
Kita diberi peluang bila-bila masa sahaja untuk kembali kepada Allah.
Allah Ar-Rahman Ar-Rahim.
=)
Video yang saya kongsi ini,
Adalah salah satu slot dari Ikim.fm.
Waktu saya dengar dalam kereta,
Tak dapat dengar full.
Hanya certain part sahaja.
Dan dah berazam waktu dalam kereta tu lagi,
Mudah-mudahan dapat dengar semula secara penuh,ulangan dan isi kandungan slot ini..
Syukur Allah ingatkan untuk cari di you tube..
syukur..
^____^
Kenapa beriya-iya pasang azam nak dengar semula ?
Sebab saya terkesan dengan kata-kata Saudari ini,
Ucapan nya di dengar sangat ikhlas.
Ucapan di ikuti dengan zikrullah.
Ucapan SubhanAllah di dengar sangat ikhlas sebutannya.
I'm wondering,
.
.
.
Bagaimana beliau yang hanya baru beberapa tahun mengenal Islam,
Mampu menyebut kalimah zikrullah dengan sebegitu indah,dan menjadi ulangan di bibir,
Sedangkan saya yang sejak lahir menganut Islam,
Begitu sukar untuk jadikan ucapan di bibir kalimah-kalimah zikrullah tersebut.
Allahurabbi.
Ini semua soal hati.
Jom sentiasa renew niat untuk kembali pada Allah.
Allahumma Ihdina As-Siratol Mustaqim.
Wallahulam.
Najwa Syolehah Jaafar
AlwaysALearner
AlwaysALearner
No comments:
Post a Comment