Thursday, May 29, 2014

DONT WORK HARD,ENJOY YOUR YOUTH. IS IT TRUE ?

Muda Hanya Sekali,
Kita Mesti Enjoy !


Siapa familiar dengan skrip ni?



Saya kongsikan,
Tulisan matang oleh anak muda,
At his early age of 20's.

Respek.

Bagaimana kehidupanku 5,10,15,20 tahun akan datang ?

Kata Robert Kiyosaki,
When you are young,
Work to learn,
Not to earn.

Sabda Rasulullah s.a.w,
Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah,
Akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya ) adalah kaya jiwa. 




++++++++++++++

My advice for me on my 20-s.

Rite now in my 40-s,
I have been a CEO, have a lot of money,
at a comfortable life.

" Dont work hard, enjoy your youth. Fulfil your life.

I worked hard. I was focused, determined, 

and self disciplined on my 20s. I regret about it "


======================



Let say masa si CEO tu diputar kembali,
dan dia buat apa yang dia mahukan pada umur 20, iaitu :

"Dont work hard, enjoy your youth. Fulfil your life."

Maka,ketika dia berumur 40-s tahun nanti,
Dia akan kata :

" I wish I work hard at my young age.
Self discipline, build up my career and focus on what I want to achieve "

Soalan :
Kalau masa diputarkan kembali,
dia buat apa yang dia mahukan,
rasa-rasa dia akan memegang pegang
jawatan CEO tak ketika umur 40 nanti ? 


Solution :
You life only one.
Buat something yang diri TUA akan berterima kasih
kepada reja buat diri MUDA pada masa sekarang.




Najwa Syolehah Jaafar
AlwaysALearner

Tuesday, May 27, 2014

CERITA SI PENCARI KERJA

1001 cerita boleh tengok di Majalah.com.

Terlampau ramai yang mencari kerja.
Ramai gila.

Bukan calang-calang,
Dari bermacam-macam universiti,
Bermacam-macam lulusan.
Bermacam-macam pengalaman,
Bermacam-macam kelebihan.


Ada yang berpengalaman LI dekat company itu,
Kelebihan pandai guna software itu ini.
Kalau ikutkan,kelebihan-kelebihan tu semua boleh guna untuk buat duit.

Antara ayat-ayat sadis:
Dah 6bulan menganggur.
Nak kerja segera,untuk bayar PTPTN.

Setakat ni,jumpa banyak batch-batch junior.
Baru habis belajar.
Fresh graduate.
Tahun 1989,1991..



Kalau situasi macam ni berterusan,
Maka akan berketurunan-keturunan lah para pencari kerja.
Yang tergaru-garu kepala,
Kenapa aku tak dapat-dapat kerja lagi.

Macam mana saya tahu?
Saya mengalami benda yang sama.
Susah betul nak cari kerja.


Saya sendiri pernah merasa situasi macam kamu,
Wahai adik-adikku,sahabat-sahabatku. 


Tapi kalau nak harapkan kerja datang melutut pada saya,
Entah bila.

So,kena cari alternatif lain.

Sistem pendidikan mengajar kita,
Habis belajar,kena cari kerja.
Bukan nya,cari duit.



Maknanya,asalkan kerja, dan gaji berapa-berapa pun,
Ia nya tak jadi isu ke ?



Walau pun kos sara hidup sekarang sangat-sangat tinggi.
Asalkan pakai smart,

Masuk kerja ikut office hour.


Is it the right way to live?



Think wisely.



It is for me especially.



=)



Don't just sit , think , what's the solution.

Najwa Syolehah Jaafar
AlwaysALearner

Saturday, May 24, 2014

PERIBADI SEORANG PEMIMPIN ISLAM

Berfacebook walking,
Saya terjumpa satu fakta ini,


MasyaAllah.



Bila kita baca kisah para sahabat Nabi,

Peribadi mereka,
Akhlak mereka,
Sifat mereka,
Sungguh berasa kagum.


Dengan para sahabat pun sudah berasa kagum,

Apatah lagi dengan peribadi Rasulullah,
Yang mengajarkan mereka.


Apabila bayangan peribadi dan sifat para sahabat,

Dilihat ada pada susuk seorang hamba Allah ini,
Di zaman yang umat semakin jauh dari amalan Nabi,
Jauh dari Allah,


Maka,

Layak la beliau di angkat sebagai pemimpin Islam di kalangan masyarakat setempat.


Siapakah beliau ?



Itulah Dr Mursi,seorang pemimpin yang hafaz 30 juzuk Quran.


----------------


Antara ciri-ciri peribadi Dr Mursi .


a. Presiden Negara arab yang pertama mempunyai PHD

b. Presiden Negara Arab pertama yang menghafaz Al – Quran 30 juzuk

c. Presiden Negara arab yang pertama tidak mahu tinggal di istana presiden
d. Presiden Negara arab yang pertama tinggal di rumah sendiri yang disewa (beliau masih membayar sewa rumah pada bulan terakhir beliau tinggal sebelum digulingkan oleh As Sisi)


e. Presiden Negara Arab yang pertama yang ada kajian penyelidikan sendiri (hasil penyelidikan beliau dibentang dan digunakan di Amerika ketika berkhidmat di sana sebelum mengambil keputusan untuk balik ke Mesir)



f. Presiden yang selalu melaungkan iqamah bila hendak mendirikan solat.



g. Setiap hari beliau tidak pernah solat tanpa berjamaah.



h. Beliau sentiasa menunaikan solat subuh secara berjamaah di masjid berhampiran tempat tinggalnya.

Sumber : Solah Abdel Maqsood,
Menteri Penerangan Mesir (zaman kerajaan sah Dr Mursi)

Kredit : Ustaz Rofazlin Jusoh
*catatan peribadi di Ceramah Khas | Krisis di Mesir, Kesannya terhadap masa depan Palestin & Syria



----------------


Semoga susuk pemimpin Islam ini,

Sentiasa dipelihara Allah,


Serta umat Islam mengikuti sifat dan peribadi yang ditunjukkan oleh para pemimpin Islam,

Dalam jalan menuju Allah.



Andai aku termasuk dalam kalangan orang yang buta agama,
Aku mohon agar aku terkeluar dari senarai tersebut dengan petunjuk ilmu dan hidayah dariMu,
Wahai Pemilik Sekalian Alam.



Najwa Syolehah Jaafar
AlwaysALearner

Friday, May 23, 2014

FALSAFAH HIDUP YANG INDAH

Dipetik dari tulisan seorang guru,
Di dalam salah satu bidang ilmu,
Yang pernah saya belajar satu masa dahulu,
Sudah tentu tulisan dari mukabuku.


=)



Suka sangat terbuat ayat ala-ala pantun.

hehe.

===============
Berbisnes Tanpa Ilmu kehidupan
===============

Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis,Tapi sebatang mancis juga membakar jutaan pokok.


Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif. Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerena itu setiap kali ada gesekan kecil, sang mancis trus terbakar. Kita mempunyai kepala, dan juga otak, jadi kita tidak perlu terbakar marah hanya kerena gesekan kecil.

++++++++++++++++

Ketika burung hidup, ia makan ulat, Ketika burung mati, ulat makan burung.Waktu terus berputar sepanjang zaman. Kitaran kehidupan terus berlaku.Jangan merendahkan siapapun dalam hidup, bukan kerena siapa mereka, tetapi kerena siapa diri kita.

Kita mungkin berkuasa tapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita. Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita. Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi HARTA.

++++++++++++++++

Ketika kita tua, kita baru tahu kalau masih banyak yang belum dikerjakan. Dan, setelah di ambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.

Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA.Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong.

++++++++++++++++++

Jadilah teman perjalanan hidup yg tanpa banyak soal dan syarat.Believe in "Cause and Effect" Apa yang ditabur, itulah yang akan kita tuai .






Najwa Syolehah Jaafar
AlwaysALearner

Wednesday, May 21, 2014

KULIAH SUBUH SYAPIE OLEH MY SECRET ADMIRER

Satu hari,
Subuh-subuh syapie lagi Mak dah bukak ceramah.

Antaranya,
Kat dunia ni kalau kita ada buat silap,
Boleh la ada orang nak tegur lagi,
Masih boleh lagi bergantung pada orang lain nak buat itu ini.


Kita hidup kat dunia ni umur tak la panjang mana,

60-70 tahun,
Lepas tu,
Mati la.

Cuba bayangkan bila dalam kubur nanti,
Nak tunggu hari kebangkitan,
Entah berapa lama kena tunggu dalam kubur,
Kalau 300 tahun,500 tahun,
Siapa nak teman kita nanti?
Dah tak ada orang lain.
Amalan kita je la yang teman kita.

T_T

Penangan semalamnya Mak dengar kuliah 2jam Ustaz Don kt opis.

Nampak benar puas hatinya.

Walau 2jam,
Tapi macam-macam ilmu dapat.
Tak pernah rasa macam tu.

Ustaz Don dulu nakal kat sekolah.
Sekolah biasa je,
Bukan sekolah agama pun.

Sebab nakal,
Lepas spm ayah dia hantar masuk universiti Al-Azhar.
Umur 18 tahun.

Kemudian,
Dia ambil masa 3tahun sahaja untuk hafaz Quran.
Umur 21 dah habis menghafaz 30 juzuk.

Cer kita bayangkan,
Budak nakal boleh hafaz Quran dalam masa yang tak lama.

Nakal tu hanya sifat luaran manusia.

Kalau dalaman dia bersih,
Sesuatu yang melibatkan benda yang kita tak nampak,
Iaitu hati,

Kalau hati dia bersih,
Walau senakal mana pun dia,
InshaAllah kalau dia menuntut ilmu,
Allah mudah bagi faham.

Lancar je benda-benda baik nak masuk dalam diri.

Sebab tu lah,
Kita tak boleh kerja nak menghukum orang lain je.

Hanya berdasarkan sifat luarannya sahaja.
Sedangkan rohaninya,
Hubungan dia dengan Allah,

Entah-entah jauh lebih baik dari kita ni.

Macam lirik lagu Hijjaz,
" Hati tempat jatuhnya pandangan Allah,
Jasad lahir tumpuan manusia. "

Wallahua'lam.



Najwa Syolehah Jaafar

AlwaysALearner

Monday, May 19, 2014

CARA ORANG BIJAK : KUMPUL DUIT,MELABUR .

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
-----

Perkongsian ini banyak tersebar di facebook sebenarnya.
Dan sangat bermanfaat untuk semua yang bakal,sudah dan akan amalkan.


So,

Saya share di sini yer.
Dan harap ia bermanfaat juga untk pembaca di sini.


=)



-----------------------

**TIPS SAVING CARA BUDAK POINTER RENDAH**


Saya mengaku saya kurang bijak, pointer pun x tinggi & belajar pun U tempatan jer. 

Tapi saya nk contribute idea mcm mana cara sy buat sbg rakyat biasa berjimat,
Dan boleh beli emas setiap bulan. 
Baca dgn teliti.


Brg Yg Perlu:



1) Botol kosong air mineral 5 liter, beli brand Cactus dlm RM4 lebih shj.
2) Botol/ tupperware transparent, beli di kedai Dua Ringgit.
3)1 Akaun online banking 


4)  Komitmen nk yang kuat untuk berubah.

Cara:



a) Setiap hari, transfer RM10 ke dlm 1 akaun saving secara online banking.



b) Setiap hari pd waktu mlm, buka wallet & keluarkn SEMUA duit seringgit yg ada. 

Jangan sayang! Utk byr tol esoknya, guna duit yg lebih besar. RM5 ke..RM10 ke..


c) Masukkn SEMUA duit seringgit tadi ke dlm botol/tupperware transparent. Transparent utk kita seronok nmpk duit brtmbh.


d) Setiap kali keluar rumah, duit syiling yg terkumpul dlm poket masukkn dlm botol kosong air mineral. 

Botol nie seal dgn sellotape supaya x boleh bukak!


e) Setiap hari Jumaat, masukkan RM10 dalam tabung masjid tapi saving RM10 pun continue. Sedekah tu niat Lillahi Ta`ala.



f) Buat langkah a-e sampai hujung bulan. Tangan jgn gatal nk korek tabung! :)



g) Setiap hujung bulan, keluarkn duit terkumpul RM1 tu. 



*Duit yang nie, anda guna utk beli brg basah/belanja rumah utk bln dpn.

 Biasa boleh dpt dlm RM50 lebih.


*Duit syiling tu jgn usik smpaila penuh. Dh penuh, bolehla nk enjoy beli apa2 yg patut.


h) Duit RM10 yg terkumpul tu, keluarkn & boleh beli emas 1-2 gram utk bulan tu.
Itu sahaja! Kemudian, ulang lagi utk bulan dpn.



Jimat dapat, saving dapat, emas dapat, pahala pun dapat.



----------



Yang paling best, bab sedekah tu tak tinggal.



Allah,

Seronoknya bila diri kita sendiri memilih hidup yang berkah.


Semoga Allah terima sedekah tersebut kann..



Semoga bermanfaat ya!

=)


Najwa Syolehah Jaafar
AlwaysALearner

Monday, May 12, 2014

SYAFAAT SUMBER PENYELAMAT

Dari Rasulullah s.a.w..

Dekat akhirat nanti,baginda melihat amalan-amalan manusia ada yang diterima dan ada yang ditolak.

Melainkan satu sahaja tidak akan ditolak.
Iaitu selawat ke atas baginda Nabi s.a.w.

Saya dengar dari Ikim.fm .

Quotes dari Prof Muhaya,
" Siapa yang dengar ikim, cerah masa depan. "

Saya kepingin untuk cerah masa depan,
Oleh itu saya memilih mendengar ikim.
Yeah!!

Jom, together-gether.
=)

(rosak grammar, jangan tiru.haha)

Allahumma Solli 'Ala Muhammad.
Wa 'Ala Aali Muhammad.

=)

Najwa Syolehah Jaafar
AlwaysALearner


Sunday, May 11, 2014

CHOOSE FOR THE BEST

[ SWEET REMINDER ]

My dear friends, to grow old and regret is easy.
To Choose and Change is Hard.


-----



Pilih la untuk berubah.



Semoga kita dipandu dengan Hidayah.



Senyum. =)



Najwa Syolehah Jaafar
AlwaysALearner

Saturday, May 10, 2014

MUKADIMAH HAMBA

Bismillah..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Semoga usaha yang sedikit memberi erti dan makna yang besar-sebesarnya di sisi Allah Taala.

Kebaikan yang dibuat,
Ku doakan agar pahalanya berterusan disalurkan juga kepada mak dan ayah,
Juga kepada sesiapa jua yang memberiku walau sebesar zarah kebaikan sepanjang hidup di atas muka bumi Allah.

Ku doakan agar banyak hati-hati yang mengambil kebaikan atas perkongsian tulisan ku yang tidak seberapa.

Segala perkongsian adalah untuk peringatan tidak lain,terutamanya adalah untuk diriku sendiri dan juga kepada hati-hati yang meminta untuk diingatkan.

Semoga menjadi asbab kebaikan walau sekecil cuma.

Kata Rasulullah s.a.w tercinta,
Jangan memandang remeh walau sekecil-kecil kebaikan.

Kerana kita tidak tahu amalan yang manakah yang akan menempatkan kita di syurga Allah Taala yang Maha Indah.

Wallahu A'lam.

Asbab diriku yang serba doif,
Aku terima segala teguran atas apa-apa yang tidak benar dalam penyampaianku.
Semoga Allah redha,dan ampuni dosa-dosa kita semua.

Senyum. =)


Najwa Syolehah Jaafar
AlwaysALearner