Friday, October 31, 2014

KISAH INSPIRASI : JARAK SEHASTA KE NERAKA, TETAPI AKHIRNYA KE SYURGA.

Di satu pagi hari,
Tengah siap-siap nak pergi kerja,
Terdengar kat tv suara ustaz Zul Ramli.

Dalam hati cakap,
Ni mesti J.O.M.

Berdiri kaku sekejap depan tv,
Sambil mata jeling-jeling tengok jam.
Memang ikutkan dah lewat timing untuk pergi kerja,
Tapi nak jugak teruskan dengar apa yang ustaz nak share,
Sebab tinggal lebih kurang 10 minit je lagi nak habis rancangan tu,
So mungkin boleh adjust sikit masa untuk bersiap-siap.

Yang penting,dapat dengar sampai habis sharing ustaz tu.

Daripada berdiri,
Sampai duduk kat sofa.

---

Nak tahu apa yang ustaz share sampai saya determine nak dengar jugak sampai habis?

---

Macam ni ceritanya,


Terjadi di luar Malaysia,
Di sebuah masjid,
Seorang imam yang sudah biasa berhadapan dengan orang-orang baru yang ingin memeluk Islam,
Didatangi oleh seorang lelaki,

Berbadan besar,
Berambut panjang,
Persis American Chopper ( ustaz cakap ),
Datang dekat pada imam dan minta untuk di Islamkan.

Imam tersebut sedikit pelik,
Tetapi diteruskan hajat lelaki itu dan meminta lelaki itu membersihkan diri dengan mandi,
Dan imam tersebut perasan akan tatu lambang salib yang sangat besar di dada lelaki tersebut,

Sewaktu proses syahadah,
Syahadah terpaksa di ulang berkali-kali sehingga lafaznya dapat disebut dengan betul.
Betapa susah-payahnya lelaki itu.
Namun, Alhamdulillah akhirnya berjaya.

Tidak lama selepas itu,
Imam nampak lelaki tersebut menangis sambil menundukkan mukanya di meja,
Sehingga dilihat gegaran di meja tersbut.

Lantas imam datang dan memeluk lelaki tersebut.

Imam bertanya,
" Mengapa engkau ingin memeluk Islam ?

Ramai yang datang memeluk Islam denganku,
Setelah aku berhujah dengn mereka.

Tetapi engkau secara tiba-tiba datang lantas menyatakan hasrat ingin memeluk Islam. "

Jawab lelaki tersebut,

" Aku tidak pernah mengenal Islam,
Aku tidak pernah ada walau seorang pun kawan Islam,
Aku tidak pernah kenal walau satu pun kitab Islam.

3 hari lepas,
Aku didatangi mimpi,
Satu cahaya putih datang kepadaku,
Dan memberitahu,

" Jika kamu benar-benar cintakan Jesus, pergilah kepada Islam,
Kerana agama itu meletakkan Jesus di tempat yang benar. "

Setelah itu aku terbangun dan hanya menganggap itu mainan tidur.

Pada malam keesokkannya,
Aku didatangi mimpi yang sama,
Dan cahaya putih itu lebih terang dari malam sebelumnya,
Dan berkata perkara yg sama padaku.

Lantas keesokkan harinya aku pergi mencari Islam sehinggalah aku dibawa berjumpa denganmu.
Kerana aku tidak tahu bagaimana mimpi yang akan datang padaku malam seterusnya.

T_T


---

Kemudian azan isyak dilaungkan ,
Imam bangun untuk solat,

Dan lelaki itu termangu-mangu tidak tahu apa yg perlu dibuat.

Pesan imam,
Kamu hanya ikut dahulu apa yang orang lain buat.

Dan masuklah lelaki itu dalam saf solat,
Rakaat pertama,
Masih kekok untuk angkat takbir, qiam dan sebagainya,
Pada rakaat seterusnya,
Semakin lama dia jadi semakin selesa dan boleh mengikut perbuatan jemaah lain.

Tiba rakaat akhir,
Di sujud terakhir,
Imam bangun duduk tahiyat akhir,
Dan imam memberi salam.

Dilihat lelaki itu masih sujud di tempatnya,
Mungkin sedang menghayati nikmat bersujud di depan Tuhan kepada agama yang baru di anutinya.

Selesai doa dibaca,
Lelaki tersebut masih dilihat bersujud.

Lantas imam mendekati lelaki itu,
Untuk membangunkannya,
Dan memberitahu bahawa solat sudah selesai dikerjakan.

Sewaktu diangkat tubuh lelaki tersebut,
Lelaki itu lemah longlai,
Dan jatuh di riba imam,
Indahnya , lelaki itu meninggal dlm sujudnya.

--

Allahuakbar.
Allahuakbar.
Allahuakbar.

Benarlah hadith Nabi s.a.w :

" Ada orang yang mengerjakan amal perbuatan ahli neraka, hingga jarak antara ia dan neraka hanya satu hasta, namun suratan takdir rupanya ditetapkan baginya hingga kemudian ia mengerjakan amal perbuatan ahli syurga dan akhirnya ia pun masuk syurga."

Ustaz pesan,
Semoga kita sentiasa mengemis pada Allah,
Agar dikurniakan hidayah untuk berjalan di jalan orang-orang soleheen,muttaqin,
Sehingga ke akhir nafas kita.

Allahu Rabbi ,Allahu Rabbi , Allahu Rabbi.


T_T

Semoga kisah ini dapat mengetuk kekosongan dan kelekaan hati .

---

Tetiba terfikir,
Andai mimpi kedua tu juga lelaki itu menganggap ia sebagai mainan tidur,
Apa jadi dengan dia ?

Tetapi Allah Maha Pemurah melorongkan dia untuk mencari Islam.
Syukur.

Takdir Allah melangkaui takbir manusia.

----

Terfikir juga,
Malam seterusnya (iaitu pada malam dia meninggal),
Apa nikmat sebenar yang dia akan lalui di alam sana,
Di bandingkan dengan mimpi-mimpi indah mendapat hidayah Allah pada malam-malam sebelumnya ?

Iaitu nikmat yang tidak berkesudahan,
Yang menjadi matlamat sebenar setiap orang beriman.
Nikmat yang sebenar.

---

Indahnya kisah hambaMu ini, Ya Allah.



Gambar hiasan. Semoga dikurnia hidayah kepada kita semua.



Wallahualam.

Najwa Syolehah Jaafar
AlwaysALearner












No comments:

Post a Comment