Thursday, February 28, 2019

Korang rasa susah dengan hidup ?

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah..

Terasa ingin menaip hari ini dan berkongsi..

---
Belajarlah untuk menerima apa jua yang Allah bagi dalam hidup ini,
walau serumit mana pun kesusahan dan ujian.

Last week aku pergi kuliah kat surau,
sedikit benda terkesan dalam hati aku..

Ustaz pesan,
apa jua keadaan dalam hidup ini,
susah atau senang,
semuanya kita ucap Alhamdulillah..

Bila kita mula menerima takdir-takdir Allah untuk kita,
dari situ pulak akan naik level.

Kita akan belajar erti sabar, erti syukur,
sayangi diri sendiri dan orang lain,
terus-terusan fokus perbaiki diri dan inshaAllah kita akan fokus hanya pada kebaikan instead of segala perkara-perkara yang tidak baik wujud dalam hati.

Bila hati bersih, benda yang kotor inshaAllah kita boleh bersihkan.

Tapi ingatlah,
bukan kita yang mengubah sesuatu keadaan,
tapi semuanya adalah dibawah takluk Allah.

Kita hanya fokus pada perubahan diri.
Ada sesuatu keadaan, kita rasa susah sangat nak berubah.
Kalau kita sendiri susah nak berubah,
bayangkan betapa susah lagi kita nak ubah orang dan keadaan sekeliling.
Jadi, itu dah bukan kerja kita.

Fokus menyebarkan dakwah@benda-benda baik.
Sebab itulah tugas sebenar kita.

hehe...

InshaAllah rasa best bila kita let go semua benda,
dan move on!

Aku personally ada kisah hidup, pengalaman-pengalaman yang banyak tak puas hati, sana sini.
Even dengan parent aku, dengan keluarga aku, dengan sekeliling aku.
Aku ambil banyaaaak masa untuk aku belajar terima dan let go,
sebab tu semua takdir Allah buat kita.

Aku fikir-fikir balik,
kalau semua tu jadi masalah buat aku,
Tak kan aku nak hidup sorang diri, forever alone.

Tapi fikir lah, semua tu ujian Allah datangkan buat kita untuk jadi seseorang.

Dan on the other side,
Parent aku pula mesti ada yang tak puas hati dengan aku,
Adik beradik aku mesti ada bengkek je dengan aku,
Laki aku mesti ada rasa nak tumbuk-tumbuk je aku kalau aku buat perangai..
haha..

Dan setiap orang sebenarnya perlu ambil sesuatu kejadian yang terjadi pada diri masing-masing,
sebagai satu lesson untuk kita jadi seseorang, membentuk diri kita yang sentiasa baru dan lebih baik..

Wallahua'lam.

Ni aku share screenshot aku ambil dari Ustaz Amin..



**Gambar 1**


**Gambar 2, sambungan**

Video link..
https://bit.ly/2GQV91R


Semoga bermanfaat ye korang.

Love,
Najwa

Saturday, December 1, 2018

Jawapan dari Allah melalui Kalam Nya

Assalamualaikum..

Pagi ni seperti biasa, membaca Al-Quran..

Sampai pada satu ayat,
Surah An-Nahl, ayat 111
yang membawa maksud :

" (Ingatlah) suatu hari (ketika) tiap-tiap diri datang untuk membela dirinya sendiri dan bagi tiap-tiap diri disempurnakan (balasan) apa yang dikerjakannya, sedang mereka tidak dianiaya (dizalimi). "

Lantas terngiang-ngiang dalam kepala aku akan dosa-dosa masa lalu aku..
Jantung rasa nak gugur, berdebar-debar.
T_T
T_T

Kemudian cakap la dengan Allah,
Ya Allah, aku mohon Kau padamkan dosa-dosa aku dari kitab aku Ya Allah.
Mudah-mudahan aku datang menghadapMu nanti untuk dihitung semua,
dibuka kitab amalan dan diceritakan satu persatu apa yang aku buat,
Kisah-kisah dan dosa-dosa dahulu sudah Kau padamkan dari catatan.

Aku bertaubat ya Allah, dari kesalahan dan kebodohan aku...

T_T

Kemudian teruskan bacaan..
Dan apabila selak muka surat sebelah,
Membaca lagi...
An-Nahl, ayat 119,
Kalam Allah yang membawa maksud :

" Kemudian, sesungguhnya TuhanMu (mengampuni) bagi orang yang mengerjakan kesalahan kerana kebodohannya, kemudian mereka bertaubat setelah itu dan memperbaiki (dirinya), sesungguhnya TuhanMu setelah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Allahuakbar,
aku rasa betul-betul Allah sedang mendengar aku..
Rasa berbunga hati seolah-olah Allah sedang menjawab aku.
Allah, Allah.

Baru pertama kali aku rasa macam tu.
Sebelum ni aku dengar kisah orang-orang Hijrah,
yang Allah sentiasa menjawab mereka bila mereka membaca kalam suci itu.
Aku jadi cemburu, kenapa aku tak ada pengalaman macam tu..

Alhamdulillah harini Allah bagi aku rezeki itu.
Senyum dalam hati..
:)

Berbalik pada makna ayat 119 tersebut..

Aku teringat akan satu kuliah dari Mufti Terengganu,
S.S Dr Zulkifli Muda..

Ada cerita tentang mereka-mereka yang berdosa,
Kemudian masuk Islam,
dan mereka bersungguh-sungguh dengan taubat mereka,
dengan membuktikan perjuangan dalam Islam atau dalam berbuat kebaikan.

Contoh pertama,
tentang kisah Wahsyi yang telah membunuh Saidina Hamzah, bapa saudara Nabi s.a.w dalam perang Uhud.
Apabila Wahsyi telah masuk Islam,
Dia bersungguh-sungguh ingin menebus kesalahan tersebut dengan membunuh Musailamah Al-Kazab seorang nabi palsu dalam Perang Yamamah sewaktu pemerintahan Saidina Abu Bakar r.anhu.

Kisah kedua sebagai contoh,
tentang kisah mahsyur Si Pelacur yang memberikan minuman kepada anjing.

Si Pelacur itu bertaubat dari kesalahannya.
Sedang dalam perjalanan, dia terserempak dengan anjing yang kehausan,
lalu pelacur ini menawarkan dengan membantu mengambil air buat anjing tersebut.

Lalu dengan perbuatan baiknya itu Allah redha padanya dan menempatkannya di Syurga.

Dari kedua-dua kisah ini,
Al- Fadhil Mufti menghuraikan bahawa,
Sekiranya seseorang itu bertaubat dan bersungguh-sungguh menebus kesalahan dosa-dosanya yang lalu dengan amal soleh,
InshaAllah padanya ada keampunan dan redha Allah.

Jadi, ini semua menjadi inspirasi bagi aku yang suatu masa dulu pernah berdosa besar,
Lalu bertaubat dan ingin sentiasa meminta keampunan dari Allah.

Apa yang sedang aku usahakan..
Aku cuba untuk terus menjadi orang yang baik,
Belajar untuk membuat dan pertingkatkan amal soleh,
Cinta akan ilmu untuk sentiasa perbaiki diri,
Dalam masa sama menulis dan mengingatkan orang lain juga bahawa rahmat Allah sangat-sangat besar dan banyak di atas muka bumi ini.
Carilah..carilah..carilah..

Kita tidak akan mencari sesuatu yang lain, seperti sesuatu perkara yang boleh mengundang kemurkaan atau tidak redha Allah,
sekiranya dalam hidup ini kita hanya sibuk mencari rahmat Allah dan semua perkara yg Allah redha saja.

Ya sahabat..
Kita tidak akan punyai masa untuk sesuatu yang lain sekiranya kita sibukkan masa kita dengan hanya mencari sesuatu yang Allah sukai saja.

Wallahua'lam..

Sedarlah sahabat,
Kita semua pendosa.
Sebaik-baik orang yang berdosa, adalah orang yang sentiasa mengharapkan keampunan Allah di atas dosa-dosanya. (Maksud Hadith)


Allah izinkan aku terus menulis,
Sebagai peringatan diri sendiri dan sahabat-sahabat yang lain.

Regards,
Najwa
'Abdillah.
#sebarkankebaikan


Friday, March 20, 2015

ISTERI TIDAK BEKERJA ? ~

Kaunselor: Apakah pekerjaan Encik Zainal ?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.


Kaunselor : isteri pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Isteri saya yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Isteri bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : isteri yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, isteri buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Isteri kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Isteri buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.


-----


Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?
 Rutin seharian isteri bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?
 Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting dan layak digelar PENGURUS RUMAHTANGGA dan Bukannya SURIRUMAH.
Lepas ni isi borg ank2 sekolah, perkerjaan ibu = PENGURUS RUMAHTANGGA...ingat ye wahai lelaki yg bakal bergelar suami.

Wallahua'lam

Tuesday, March 17, 2015

TALKING ABOUT TIME. ~

Masa ~

Alhamdulillah,
Hari itu,
Solat isyak di Kota Kinabalu.

Tidak lama kemudian nya,
Solat subuh di Putrajaya pula.

Jauh,
Bukan lagi disebabkan jarak,
Tapi jauh,
Oleh perbezaan masa.

Dengan ada nya kenderaan inovasi manusia yang bisa mendekatkan yang jauh,
Jarak yang beribu-ribu batu bukan lagi halangan.

Jarak antara Selangor dan Penang contohnya,
Lebih dekat daripada Selangor dengan Sabah.

Tapi,
Kalau dari Sabah naik flight ke Selangor,
Lebih cepat masanya ,
Dibandingkan dengan dari Penang ke Selangor dengan menaiki kereta.

Macam itulah,
Jauh dikira dengan masa,
Bukan jarak.

----
Beza antara kita,makhluk dengan Pencipta,
Adalah masa.

Kita ada waktu lahir,
Ada waktu tamat.

Tapi tidak Pencipta kita.
Tiada lahir,
Tiada tamat.

Jadi,
Jarak kita dengan Dia mesti terlalu jauh kan?

Jauh dari segi macam mana agaknya kan.
Adakah jauh dari nilai kita sebagai hamba,
Dan Tuhan,
Justeru selayak-layaknya kita perlu merasa izzah akan kebesaran Dia.

Oh,
Ilmu untuk mengenal Allah terlalu luas untuk diterokai.
Kerana itu agaknya kita selalu jauh.




gambar taken @ desa dairy farm,mesilau,ranau.

Monday, March 16, 2015

TAKUT KE ? ~

Sebelum balik kerja petang itu,
Dapat panggilan dari en bos,
Maklumkan seorang pelanggan yang kami pernah berurusan,
Meninggal dunia.

Sangat terkejut.
Sungguh,
Kematian itu datang tanpa kita duga,
Tidak terlewat walau satu saat pun,
Serta tidak dapat dijangka bagaimana caranya kita mengakhiri kehidupan di dunia.

Melangkah pula ke alam barzakh sana,
Sementara menunggu hari kebangkitan untuk dihisabkan oleh Tuan Empunya Dunia.

Deep thinking.
Pernah bersembang dengan seorang sahabat ini,
Teman bercerita tentang kesilapan,kehidupan dan ketuhanan.

Saya cakap pada dia,
Saya takut mati.

Dia pula cakap pada saya,
Akak tak takut mati,
Sebab mati itu pasti akan terjadi.
Cuma akak harap waktu itu,
Tuhan sudah ampunkan semua dosa-dosa akak.

Allahu.
Saya ingat kata-kata dia itu.
Waktu tu duduk-duduk sembang atas rumput depan masjid Putra.

And until now,
Sampai lah hujung nyawa nanti,
Saya masih berjalan mencari sebab,
Serta jawapan saya sendiri,
Kenapa saya tidak perlu takut mati.

cry emoticon
Allahuakbar.
---
Susah kita hendak jumpa kawan yang bercerita dengan kita perihal masa akan datang yang bakal dan pasti akan dilalui itu.
Kita selalu borak benda-benda biasa.
Future yang sangat pendek.
Cerita short term,bukan long term.

Wallahua'lam

Saturday, March 14, 2015

THROWBACK DI BUTIK PROF MUHAYA ~



Satu hari yang mengejutkan.

Waktu itu,
Di office,
Seperti biasa,
Mendengar segmen Prof di radio ikim.

Selepas kurang 15minit segmen Prof tamat,
Dapat panggilan telefon.

Dari PA Prof,
Mewakili butik Modest Culture,
Invite untuk buka booth waktu hari pelancaran butik Prof.

Lepas confirmkan kehadiran,
Letak telefon,
Rasa menggeletar badan.

Unexpected.

Dan terngiang-ngiang dalam hati waktu itu,
" Selangkah datang pada Allah,
Seribu langkah Allah datang pada kita."

The first person yang saya inform,
Adalah orang yang pertama ajak saya masuk seminar belajar niaga by DAO.
Makcik saya.

Banyak sangat pengalaman belajar waktu buat event ni.
Best!

Rezeki itu dari Allah.

Wallahua'lam

Thursday, March 12, 2015

ONE SHOT REMINDER ~

" Jangan suka ngaturin-ngaturin Allah.
Allah lebih tahu atau kita lebih tahu?
Apa yang Allah beri,
Pasti baik. "

---
Ada yang mengeluh kalau hujan,
Aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dirasakan terbantut.

" Hujan itu baik atau enggak? "
" Baikkkk.."
" Baik,atau pasti baik?"
" Pasti baikkkk.. "
Kuliah Aa Gym.

Wallahua'lam.