Wednesday, December 31, 2014

BIJAK SIFIR ANAK CILIK ~

Kerenah anak-anak cilik ku sayang ~
-----
" Senang je Kak Wa ajar sifir.
Cikgu kat sekolah ajar,tak faham. "

Tengah-tengah basuh pinggan,
Datang seorang lagi anak cilik ini,

" Baik kak wa main sifir sekarang,
Nanti kak wa dah kawin,
Dah tak boleh main lagi. "

Saja je suruh dia ulang semula,
" Cakap apa tadi ? "

Dia pun ulang apa yang dia cakap tu.
Allah,Allah.
Budak kecil ini,
Tidak terfikir pula dia boleh cakap macam itu.

---
Bila sudah ajar budak-budak ini sifir 9 guna tangan,
Sampai tidak terlayan pula kerenah mereka.
(Oh Allah,sifir 9 guna tangan.
Kan sangat mudah jadikan game pada anak-anak)

Ingatkan berkali-kali pada mereka,
Kena faham,bukan hafal.

Lepas itu,
Kekeringan idea hendak main game apa lagi.
Haha.

InsyaAllah,
Cuba menyumbang apa yang upaya supaya masa mereka diisi dengan perkara ilmiah.
Walau nilainya hanya sekecil zarrah.
Agar usiamu tidak terbuang begitu sahaja.

---
" Aku bahagia membawamu kepada perkara kebaikan.
Aku bahagia andai kau tidak lagi mengulang kesilapan yang pernah aku lakukan.
Aku bahagia membawamu terbang mengembara mengenal kehebatan diri yang diciptakan.
Aku bahagia andai dirimu mengenal siapa itu Tuhan. "

Gambar tiada kena mengena dengan cerita.
Hihi.


Wallahua'lam

Tuesday, December 30, 2014

CERITA INI CANTIK SANGAT.SERIUS ~

Ada butir hikmah yang boleh diambil.
Serius.Cantik. ~


Ya Allah,
Demi Allah,
Cerita ini sungguh indah untuk kami hayati.
Semoga Allah kurniakan hidayah jua buat hati-hati kami.

---
Sedikit petikan,
" Sungguh peristiwa itu sangat menyentuh jiwa. 
Dakwah yang berkesan itu dengan akhlak yang baik, 
kata-kata yang penuh hikmah dan doa yang istiqamah. 
Tanpa wajah dilihat, tetapi diri sudah mampu memikat. 
Itulah mesej di sebalik ‘sayonara’ seorang isteri yang berniqab. "

Baca melalui link ini yer.
Di blog Ustaz Pahrol.


Semoga Allah redha diriku dan dirimu yang sentiasa inginkan perubahan kepada kebaikan.
Wallahua'lam.

Saturday, December 27, 2014

SEJARAH BERULANG ~

Hari Sabtu beberapa minggu lepas,
Ada customer request untuk super urgent order.

Selepas beberapa kali follow up,
Atas kelewatan confirmation dia dengan pihak kami,
Kami tidak dapat menerima tempahan dia,
Kerana memang kesuntukan masa dan tidak dapat menyiapkan tempahan mengikut masa yang dia kehendaki.

Akibatnya dia marah,
Dan telefon bos,
Cakap itu ini.

Antaranya,
Staff you tipu you,
Hendak saman company ,
Dan lain-lain.

Bila bos whatsapp saya tunjuk ayat-ayat yang customer tu bagi pada bos,
Terus saya reply,
Dari kata-kata dia sudah boleh tahu akhlak dia macam mana.
Hehe.

And now,
Today,
Hari sabtu juga.
Dapat super urgent order juga.

Namun,
Alhamdulillah,resultnya tidak macam yang sebelum ini.
Allah bagi customer ok.

Bila saya follow up di whatsapp untuk deposit payment,
Dia reply icon menangis cari atm tak jumpa.
Hehe.
Last-last jumpa juga.

---
Alhamdulillah.
Kena bersedia hadapi kerenah manusia yang macam-macam.
Kita terima mereka seadanya.
Kita jaga hati kita,
Dan tapis mana-mana yang tidak elok untuk jauhkan dari melekat di hati kita.

Sebab nanti kita hendak jumpa Allah,
Hendak bawa hati ini,
Bukan benda lain.


Kita kena benci penyakit,
Bukan benci pesakit.

Last but not least,
Semoga kita semua sama-sama jadi lebih baik setiap hari.
Baiki ruang-ruang diri yang tidak baik itu.

Wallahua'lam.
#alizatshirtprintingserdang

Saya cinta Allah.

Saya cinta kerja saya kerana Allah.

Saya kerja sebagai ibadah saya kepada Allah.

Friday, December 26, 2014

KITA DESIGN HIDUP MACAM MANA KITA MAHU ~

Baru beberapa bulan ini,
Saya sangat percaya dan yakin,
Dengan kata-kata hikmah,
" If you fail to plan,
You plan to fail. '
Im newbie. ;p

Sebelum ini sudah kerap kali nampak kata-kata ini,
Tetapi buat sambil lewa sahaja.


Mungkin saat ini,
Baru Allah bukakan hidayah.
Hehe.

---
Oh,
Akaun ini tidak susah nak buat.

Hanya create di google drive,
Kemudian buat la akaun sendiri.
Simple sahaja.

Note setiap expenses kita setiap hari.
Hatta sen-sen pun.

Sebelum-sebelum ini,
Pernah buat jugak.
Tetapi tidak berdisiplin dalam belanja,
Terus hentikan separuh jalan.
Hoho.

Now,
It's time to hijrah.
For a better future,
Dunia.
Apatah lagi akhirat.

SYUKUR.
---
Ibrah dari Pencipta kita sendiri,
Masakan Allah jadikan langit dan bumi yang sebegitu indah ini tanpa perancangan yang sangat rapi,
Kan ?

Apatah lagi kita yang hanya makhluk ini.
Untuk design kehidupan kita ke arah yang lebih baik,
Kita juga perlu buat perancangan yang rapi.

Yet,
Perancangan kita pasti tidak sama dengan perancangan Allah.
Yang penting kita usaha sahaja deh,
Hasilnya iya terserah sama Allah aja.

Heee...(sambil tersengih-sengih kambing)
---
Macam saya buat ini,
Hatta perbelanjaan sen-sen pun,
InsyaAllah saya usaha untuk ingat dan catat.

Dan tidak lupa juga,
Catat nilai sedekah yang kita buat hari ke hari.
Dengan tujuan,
Setiap bulan ke bulan,
Kita akan naikkan lagi nilai sedekah itu.

Yang penting,
Catatan sedekah saya masukkan dalam list wajib setiap bulan,
Manakala catatan lunch ke,beli roti ke,atau apa sahaja untuk kehendak sendiri,
Saya masukkan dalam list tidak wajib.

Satu kata-kata yang menyentuh hati,
" Bila kita ada harta lebih,
Kita upgrade standard of giving,
Bukan upgrade standard of living. "

Ya Allah,
Ingatkan saya tentang ini sampai akhir nafas saya.

---
Tentang emas,
Cikgu saya cakap,
Hendak kaya,
Bisnes bukan caranya.

Hendak kaya,
Dengan cara bina aset.

Bisnes adalah salah satu jalan untuk memiliki modal membina aset.
Dan memiliki emas adalah salah satu aset.
Dan saya terjebak dalam simpanan emas untuk orang yang berbajet rendah,
Dalam masa yang sama,
Masih mampu memiliki emas,
Konsisten setiap bulan.
InsyaAllah.


Syukur,
Allah rezekikan dapat belanja emas juga untuk emak saya baru-baru ini.

---
Apapun yang kita buat,
Syarat untuk dapat rezeki lebih,
Syukur dengan yang sedikit dahulu,
InsyaAllah Allah akan tambah lebih.

Allah kan sendiri sudah cakap dalam Al-Quran.


Bak kata David Teo,
" Ini bukan janji,tapi pasti. "

Ok.
Itu sahaja kali ini.


Hendak membina aset kecil-kecilan melalui emas juga ?
InsyaAllah saya boleh tolong beritahu macam mana caranya.

Cari ilmu tersebut di website saya ini,
lubukemasmurah.com/najwanajjah

Wallahua'lam


Tuesday, December 23, 2014

CHASE MONEY, MONEY WILL ESCAPE FROM YOU ~

Copy and Paste ~
"Work to serve GOD. 
Just give your best, and focus on helping people. 
When you just focus on the money, the money will escape from you. 
But if you focus to help and serve people, money will come to you"

- Daniel Nugroho from Jakarta, Indonesia


Sunday, December 21, 2014

I GOT NEW WORD TODAY. BLISS ~

Tanya kawan sebelah,
Apa maksudnya.
Dia cakap,
Gembira macam gembira dalam syurga.

Saya jawab,
Tak pernah lagi masuk syurga.
Tak tahu macam mana rasanya.


But,
The meaning is like,
Gembira tahap tertinggi dalam dunia ini.

------
Back to the story that I wanted to focus for this sharing.
Ehem.
Seperti mana kata-kata di timeline photo saya,
" Life is a journey,
Keep travelling,
You will never stop,
Unless you die."

----
Today's journey.
Alhamdulillah,dalam masa saya mencari-cari kebenaran,
Saya mencari diri saya,
Saya mencari Allah dalam diri saya,
Allah hadirkan seminar ini kepada saya.

Perancangan pada mulanya saya datang seorang.
Setelah viralkan tentang seminar ini kepada teman-teman rapat,
Dapat whatsapp dari seorang rakan,
Tidak dapat turut serta kerana pulang ke kampung.

Kemudian,
Sehari sebelum seminar,kawan saya seorang, mahu turut bersama saya dalam seminar,dia walk-in daftar,
Alhamdulillah.
Dan pada pagi sebelum bertolak ke seminar,
Saya dapat lagi seorang kawan yang mahu turut serta mendaftar secara walk-in.
Dan,pada waktu seminar sudah bermula,
Datang seorang lagi kawan kepada kawan yang juga ingin turut serta dalam seminar.

Ya Allah,terima kasih for all these blesses.

---

Pada waktu Fara Fauzana memegang mic mengambil tugas sebagai MC,
Saya sudah mulai sebak.

Beliau dahulunya MC kepada rancangan-rancangan hiburan negara,
Tapi hari ini beliau menjadi pengacara pada majlis yang saya pasti dan yakin dipenuhi jutaan malaikat,
Dalam keadaan menutup aurat sempurna,
I say to myself,
Ya Allah,apa lagi yang mahu kami cari dalam dunia ini?

Kemudian diikuti pula Prof Muhaya yang masuk ke dewan sambil membaca bait-bait puisi,
Antara yang menerjah hati,
Isinya lebih kurang begini,
Hari pertama perjalanan datang ke tempat kerja,
Melalui satu lubang yang besar.

Hari kedua dalam perjalanan ke tempat kerja,
Juga melalui lubang yang besar,yang sama.

Hari ketiga dalam perjalanan ke tempat kerja,
Juga melalui lubang yang besar , yang sama.

Hari-hari seterusnya juga,
Terus melalui lubang yang besar,yang sama.

T_T
Ya Allah,
Saya terus menangis kerana inilah yang menjadi antara persoalan dan tanda tanya saya dalam hidup ini.

Alhamdulillah,
Syukur kepada Allah,
Ilmu Allah bagi pada seminar kali ini,
Ianya superb ya Allah.

Terima kasih Allah.


Terima Kasih Allah atas peluang yang diberi untuk menghadiri seminar Prof Dr Muhaya sebentar tadi.

Sesungguhnya saya menjadi testimoni,
Bahawa dengan sentiasa mencari ilmu Allah,
Akan membantu kita mengenal diri kita.


Sesiapa yang mengenal dirinya,Akan mengenal Tuhannya.
Man 'Arafa Nafsahu, Faqad 'Arafa Rabbahu.

Wallahua'lam.


Wednesday, December 10, 2014

AZAN SAMPAI KE LANGIT ~

Tengah-tengah baca Majalah Al-Ustaz,
Tertarik sangat satu perkongsian ini,
Iaitu,
Rasulullah tidak pernah azan.

Pastu excited nak cerita dekat mak yang ada kat sebelah.
Semangat cerita,
Mak,
Rasulullah tak pernah azan.
Baru terfikir,kan..

Mak jawab,
Haah.Sebab dah ada Bilal.

Saya sambung lagi,
Sebab Rasulullah ni,
Kalau baginda buat sesuatu amalan,
Mesti akan jadi rutin,dan dibuat tanpa tinggal.

So,
Oleh sebab Rasulullah pegang jawatan sebagai khalifah,
Rasulullah tak nak terabai amanah yang lebih penting,
Maka Rasulullah serahkan amanah azan pada Bilal.

Mak sambung pulak,
Walaupun suara Bilal tidak lah sedap mana,
Tapi sebab ikhlas tu,
Suara dia sampai ke penduduk langit.

Oh,thanks my mother,
Because remind me tentang ikhlas.

Power la mak saya nih.
Hehe.

Najwa Syolehah Jaafar
AlwaysALearner

Monday, December 8, 2014

SYURGA SEBAGAI SEBAB TERAKHIR ~

Alhamdulillah.
Hari itu Allah izinkan untuk mendengar kuliah,
Dengan tajuk yang ramai orang familiar rasanya,
Iaitu khusyuk dalam solat.

Khusyuk dalam solat adalah salah satu nikmat yang hilang di akhir zaman ni.
Disampaikan oleh syeikh dari Mesir yang fasih berbahasa Melayu.
MasyaAllah.Tabarakallah.
Nak menangis dengan ilmu hari itu.
Betapa halusnya ilmu Allah.

Sheikh tanya,
Andai diberi pilihan untuk kita terus masuk ke syurga,
Atau solat 2 rakaat kemudian masuk ke syurga,
Yang mana pilihan kita?

Ramai jawab,
Terus masuk syurga.
Sheikh cakap,
Bagusssss..

Syurga itu khaliq atau makhluk?
Semua jawab makhlukkkk..

Maksudnya,
Kita beramal untuk mendapatkan makhluk.

Sedangkan kalau kita solat 2 rakaat,
Kita solat adalah kerana Allah,
Khaliq kita.

Syurga itu hanyalah sebagai ganjaran sahaja.
------
Antara pesanan akhir beliau ;
1. Solat,ikhlas lillahitaala.Syurga adalah sebab akhir.
2. Fahamkan Al-Quran.
Cari hidayah Allah melalui Al-Quran.
Sebab Allah sendiri cakap,
Kitab ini tiada keraguan padanya,
Petunjuk bagi orang bertaqwa.
.
.

Bila kita tak pakai tudung,
Bila kita tak solat,
Dan sebagainya,

Bukan sebab belum dapat hidayah,
Tapi sebab kita belum cari hidayah.

Sheikh cakap,
Kalau kita dah pakai tudung,
Tapi tudung terbang,
Pakai lagi,
Terbang lagi,
Macam itu,
Bukan salah kita,
Tapi salah tudung.
Itu baru namanya hidayah belum sampai.

Hehe.
=)


Wallahua'lam.

Najwa Syolehah Jaafar
AlwaysALearner

Wednesday, December 3, 2014

CERITA PADANG MAHSYAR ~

Tulisan seorang akhawat yang diredhai Allah,
InshaAllah..
Saya berkongsi pula di sini.
Bismillah.
Allah,Allah,Allah..
----


Kata Ustaz, Mahsyar ni punya lama sampai kita tak mampu fikir berapa lama akan berada di alam Mahsyar.
Para sahabat Rasulullah saw tanya, Mahsyar di mana?
Jawab Rasulullah saw, Mahsyar ni di bumi ini sendiri di mana bumi ini dihamparkan.
Tiada pokok, sungai, gunung ganang, tempat berteduh dan tiada bertepian.
Ini terjadi bila Malaikat Israfil tiup sangka kala pada pertama kali.
Kali kedua Malaikat Israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur dalam keadaan yang terpinga-pinga.
Lalu manusia bertanya sesama sendiri, dimana kita?
Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar.
Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman Nabi Adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan.
Berada dalam keadaan yang sangat lapar dan haus serta tidak berpakaian dihambat ke Mahsyar.
Rujuk Surah Yasin Ayat 52-54. Ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluk pada hari itu.
Saidatina Aisyah RA pernah bertanya Rasulullah saw, "Tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita?"
Lalu dijawab Nabi saw dengan memetik Ayat Al-Quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri.
Rujuk surah A'basa Ayat 37.
Ada yang ke Mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan dan yang istimewa dibawa oleh Malaikat Munkar dan Nakir.
Bila sampai di Mahsyar, perbicaraan tak berjalan lagi. Kena tunggu entah berapa lama lagi.
Lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada Nabi Adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah percepatkan hisab.
Jawab Nabi Adam dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa.
Pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula Nabi Nuh, Musa, Isa dan Ibrahim tetapi semua hanya berdoa keselamatan diri masing-masing.
Lalu pergi semua manusia kepada Nabi Muhammad saw, lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.
Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang dah minta pada Allah awal-awal agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar.
Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kita kerana padatnya manusia pada hari tu.
Sebelum hisab bermula, kitab-kitab amalan kita akan turun dari Arash.
Masa tu tahulah kita tangan mana yang sambut kitab tu.
Walaupun tangan kanan yang ambil kitab kita, masih tak menjamin kite ke Syurga.
Kemudian Allah panggil seorang demi seorang untuk dihisab.
Sebelum Allah mula hisab, Allah suruh baca semua amalan yang tercatat dalam buku kita disaksikan semua manusia.
Tiada satu pun yang tertinggal.
Lepas habis baca Allah akan tanya 3 soalan:
1) Adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh Malaikat Raqib dan Atid.
2) Adakah kamu kongsikan ilmu yang diperolehi dengan orang lain.
3) Apakah alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan. 
Setelah ditimbang di Al Mizan, didapati pahala melebihi dosa kita.

Seolah-olah sikit lagi kita ke Syurga, tetapi "final check" Allah buat.
Allah tanya kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil ke depan untuk menuntut hak mereka.
Antara yang mula-mula bangun adalah anak isteri, keluarga, jiran-jiran, kawan-kawan.
Jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kita tadi terpaksa bagi kat diorang.
Jika pahala dah habis, dosa diorang pulak kita tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak-anak dan isteri).
Kita yang perempuan, jagalah diri. Sebab apa yang kita bukan hanya "effect" diri kita sorang, tetapi juga orang-orang yang kita sayang.
Ayah kita, abang dan adik-adik lelaki kita, suami kita. Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.
Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.
Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat.
Kata Ustaz, hidup di dunia janganlah kita kejar populariti, nak terkenal, takut tak tertanggung kesannya kat akhirat nanti.
Kedua, jagalah amanah dan kejujuran kita sebab pada hari itu, ini akan membantu.
Yakinkah kita tergolong dalam golongan mereka yang terpilih Allah ke Syurga?
Hendak masuk syurga bukan senang. Bukan juga "simply" boleh masuk dengan baik sorang-sorang.
Jadi jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan. Mohon Allah bantu kita di hari pembalasan nanti.
Amin Ya Rabbal Alamin..
---
Allahuakbar.
Bantu kami Ya Allah,
Dalam jalan-jalan redhaMu selalu.

Wallahua'lam.

Najwa Syolehah Jaafar
AlwaysALearner

Monday, December 1, 2014

TIRU MAKCIK-MAKCIK ~

Saya benar-benar respek dan kagum,
Dengan mak-mak,
Makcik-makcik,
Yang tak lekang 'bismillah' dari mulut.

Pengalaman kerja sebelum ni,
Dengan majikan saya,
Sikit-sikit bismillah.

Bukak plastik bismillah,
Buat itu bismillah,
Buat ini bismillah.

-----

Terkesan sedikit hati ini,
Kejadian di surau pada satu malam.

Ada seorang Makcik yang nak senduk nasi,
Pegang je senduk,
Dia baca bismillah.

Saya kat depan dia dah selesai senduk nasi,
Tengah tunggu turn nak ambil lauk,
Tersentap.

Bagusnya makcik ni.
Aku tak baca bismillah pun tadi.

Lepas tu,
Dan-dan terus baca dalam hati,
' Bismillah fi awwalihi Wa akhirihi '.

Syukur Allah hantarkan orang untuk ingatkan.
-----
Seronoknya kalau dapat buat amalan macam makcik-makcik buat.
Pernah satu amalan yang saya saya buat,
Dilabelkan taraf nenek.

Masa kat office dulu,
Ada sorang anak officemate ni datang kat meja.

Dia tengok atas meja saya ada digital tasbih.
Dia ambil,
Dia kata,
Sama macam nenek kita punya.

Hehe.
Tak kisah la apa pun,
Macam Makcik ke,
Macam nenek ke,
Yang penting kita enjoy!

Nak enjoy dengan cara ingat pada Allah pada setiap masa.
Biiznillah.

=)



Najwa Syolehah Jaafar
AlwaysALearner