Kerenah anak-anak cilik ku sayang ~
-----
" Senang je Kak Wa ajar sifir.
Cikgu kat sekolah ajar,tak faham. "
Tengah-tengah basuh pinggan,
Datang seorang lagi anak cilik ini,
" Baik kak wa main sifir sekarang,
Nanti kak wa dah kawin,
Dah tak boleh main lagi. "
Saja je suruh dia ulang semula,
" Cakap apa tadi ? "
Dia pun ulang apa yang dia cakap tu.
Allah,Allah.
Budak kecil ini,
Tidak terfikir pula dia boleh cakap macam itu.
---
Bila sudah ajar budak-budak ini sifir 9 guna tangan,
Sampai tidak terlayan pula kerenah mereka.
(Oh Allah,sifir 9 guna tangan.
Kan sangat mudah jadikan game pada anak-anak)
Ingatkan berkali-kali pada mereka,
Kena faham,bukan hafal.
Lepas itu,
Kekeringan idea hendak main game apa lagi.
Haha.
InsyaAllah,
Cuba menyumbang apa yang upaya supaya masa mereka diisi dengan perkara ilmiah.
Walau nilainya hanya sekecil zarrah.
Agar usiamu tidak terbuang begitu sahaja.
---
" Aku bahagia membawamu kepada perkara kebaikan.
Aku bahagia andai kau tidak lagi mengulang kesilapan yang pernah aku lakukan.
Aku bahagia membawamu terbang mengembara mengenal kehebatan diri yang diciptakan.
Aku bahagia andai dirimu mengenal siapa itu Tuhan. "
Gambar tiada kena mengena dengan cerita.
Hihi.
Hihi.
Wallahua'lam

No comments:
Post a Comment