Tulisan seorang akhawat yang diredhai Allah,
InshaAllah..
Saya berkongsi pula di sini.
Bismillah.
Allah,Allah,Allah..
----
Kata Ustaz, Mahsyar ni punya lama sampai kita tak mampu fikir berapa lama akan berada di alam Mahsyar.
Para sahabat Rasulullah saw tanya, Mahsyar di mana?
Jawab Rasulullah saw, Mahsyar ni di bumi ini sendiri di mana bumi ini dihamparkan.
Tiada pokok, sungai, gunung ganang, tempat berteduh dan tiada bertepian.
Ini terjadi bila Malaikat Israfil tiup sangka kala pada pertama kali.
Kali kedua Malaikat Israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur dalam keadaan yang terpinga-pinga.
Lalu manusia bertanya sesama sendiri, dimana kita?
Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar.
Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman Nabi Adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan.
Berada dalam keadaan yang sangat lapar dan haus serta tidak berpakaian dihambat ke Mahsyar.
Rujuk Surah Yasin Ayat 52-54. Ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluk pada hari itu.
Saidatina Aisyah RA pernah bertanya Rasulullah saw, "Tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita?"
Lalu dijawab Nabi saw dengan memetik Ayat Al-Quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri.
Rujuk surah A'basa Ayat 37.
Ada yang ke Mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan dan yang istimewa dibawa oleh Malaikat Munkar dan Nakir.
Bila sampai di Mahsyar, perbicaraan tak berjalan lagi. Kena tunggu entah berapa lama lagi.
Lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada Nabi Adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah percepatkan hisab.
Jawab Nabi Adam dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa.
Pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula Nabi Nuh, Musa, Isa dan Ibrahim tetapi semua hanya berdoa keselamatan diri masing-masing.
Lalu pergi semua manusia kepada Nabi Muhammad saw, lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.
Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang dah minta pada Allah awal-awal agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar.
Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kita kerana padatnya manusia pada hari tu.
Sebelum hisab bermula, kitab-kitab amalan kita akan turun dari Arash.
Masa tu tahulah kita tangan mana yang sambut kitab tu.
Walaupun tangan kanan yang ambil kitab kita, masih tak menjamin kite ke Syurga.
Kemudian Allah panggil seorang demi seorang untuk dihisab.
Sebelum Allah mula hisab, Allah suruh baca semua amalan yang tercatat dalam buku kita disaksikan semua manusia.
Tiada satu pun yang tertinggal.
Lepas habis baca Allah akan tanya 3 soalan:
1) Adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh Malaikat Raqib dan Atid.
2) Adakah kamu kongsikan ilmu yang diperolehi dengan orang lain.
3) Apakah alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.
Setelah ditimbang di Al Mizan, didapati pahala melebihi dosa kita.
Seolah-olah sikit lagi kita ke Syurga, tetapi "final check" Allah buat.
Allah tanya kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil ke depan untuk menuntut hak mereka.
Antara yang mula-mula bangun adalah anak isteri, keluarga, jiran-jiran, kawan-kawan.
Jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kita tadi terpaksa bagi kat diorang.
Jika pahala dah habis, dosa diorang pulak kita tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak-anak dan isteri).
Kita yang perempuan, jagalah diri. Sebab apa yang kita bukan hanya "effect" diri kita sorang, tetapi juga orang-orang yang kita sayang.
Ayah kita, abang dan adik-adik lelaki kita, suami kita. Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.
Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.
Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat.
Kata Ustaz, hidup di dunia janganlah kita kejar populariti, nak terkenal, takut tak tertanggung kesannya kat akhirat nanti.
Kedua, jagalah amanah dan kejujuran kita sebab pada hari itu, ini akan membantu.
Yakinkah kita tergolong dalam golongan mereka yang terpilih Allah ke Syurga?
Hendak masuk syurga bukan senang. Bukan juga "simply" boleh masuk dengan baik sorang-sorang.
Jadi jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan. Mohon Allah bantu kita di hari pembalasan nanti.
Amin Ya Rabbal Alamin..
---
Allahuakbar.
Bantu kami Ya Allah,
Dalam jalan-jalan redhaMu selalu.
Wallahua'lam.
Najwa Syolehah Jaafar
AlwaysALearner
AlwaysALearner

No comments:
Post a Comment