Hari Sabtu beberapa minggu lepas,
Ada customer request untuk super urgent order.
Selepas beberapa kali follow up,
Atas kelewatan confirmation dia dengan pihak kami,
Kami tidak dapat menerima tempahan dia,
Kerana memang kesuntukan masa dan tidak dapat menyiapkan tempahan mengikut masa yang dia kehendaki.
Akibatnya dia marah,
Dan telefon bos,
Cakap itu ini.
Antaranya,
Staff you tipu you,
Hendak saman company ,
Dan lain-lain.
Bila bos whatsapp saya tunjuk ayat-ayat yang customer tu bagi pada bos,
Terus saya reply,
Dari kata-kata dia sudah boleh tahu akhlak dia macam mana.
Hehe.
And now,
Today,
Hari sabtu juga.
Dapat super urgent order juga.
Namun,
Alhamdulillah,resultnya tidak macam yang sebelum ini.
Allah bagi customer ok.
Bila saya follow up di whatsapp untuk deposit payment,
Dia reply icon menangis cari atm tak jumpa.
Hehe.
Last-last jumpa juga.
---
Alhamdulillah.
Kena bersedia hadapi kerenah manusia yang macam-macam.
Kita terima mereka seadanya.
Kita jaga hati kita,
Dan tapis mana-mana yang tidak elok untuk jauhkan dari melekat di hati kita.
Sebab nanti kita hendak jumpa Allah,
Hendak bawa hati ini,
Bukan benda lain.
Kita kena benci penyakit,
Bukan benci pesakit.
Last but not least,
Semoga kita semua sama-sama jadi lebih baik setiap hari.
Baiki ruang-ruang diri yang tidak baik itu.
Wallahua'lam.
#alizatshirtprintingserdang
Saya cinta Allah.
Saya cinta kerja saya kerana Allah.
Saya kerja sebagai ibadah saya kepada Allah.



No comments:
Post a Comment