Tanya kawan sebelah,
Apa maksudnya.
Dia cakap,
Gembira macam gembira dalam syurga.
Saya jawab,
Tak pernah lagi masuk syurga.
Tak tahu macam mana rasanya.
But,
The meaning is like,
Gembira tahap tertinggi dalam dunia ini.
------
Back to the story that I wanted to focus for this sharing.
Ehem.
Seperti mana kata-kata di timeline photo saya,
" Life is a journey,
Keep travelling,
You will never stop,
Unless you die."
----
Today's journey.
Alhamdulillah,dalam masa saya mencari-cari kebenaran,
Saya mencari diri saya,
Saya mencari Allah dalam diri saya,
Allah hadirkan seminar ini kepada saya.
Perancangan pada mulanya saya datang seorang.
Setelah viralkan tentang seminar ini kepada teman-teman rapat,
Dapat whatsapp dari seorang rakan,
Tidak dapat turut serta kerana pulang ke kampung.
Kemudian,
Sehari sebelum seminar,kawan saya seorang, mahu turut bersama saya dalam seminar,dia walk-in daftar,
Alhamdulillah.
Dan pada pagi sebelum bertolak ke seminar,
Saya dapat lagi seorang kawan yang mahu turut serta mendaftar secara walk-in.
Dan,pada waktu seminar sudah bermula,
Datang seorang lagi kawan kepada kawan yang juga ingin turut serta dalam seminar.
Ya Allah,terima kasih for all these blesses.
---
Pada waktu Fara Fauzana memegang mic mengambil tugas sebagai MC,
Saya sudah mulai sebak.
Beliau dahulunya MC kepada rancangan-rancangan hiburan negara,
Tapi hari ini beliau menjadi pengacara pada majlis yang saya pasti dan yakin dipenuhi jutaan malaikat,
Dalam keadaan menutup aurat sempurna,
I say to myself,
Ya Allah,apa lagi yang mahu kami cari dalam dunia ini?
Kemudian diikuti pula Prof Muhaya yang masuk ke dewan sambil membaca bait-bait puisi,
Antara yang menerjah hati,
Isinya lebih kurang begini,
Hari pertama perjalanan datang ke tempat kerja,
Melalui satu lubang yang besar.
Hari kedua dalam perjalanan ke tempat kerja,
Juga melalui lubang yang besar,yang sama.
Hari ketiga dalam perjalanan ke tempat kerja,
Juga melalui lubang yang besar , yang sama.
Hari-hari seterusnya juga,
Terus melalui lubang yang besar,yang sama.
T_T
Ya Allah,
Saya terus menangis kerana inilah yang menjadi antara persoalan dan tanda tanya saya dalam hidup ini.
Alhamdulillah,
Syukur kepada Allah,
Ilmu Allah bagi pada seminar kali ini,
Ianya superb ya Allah.
Terima kasih Allah.
Terima Kasih Allah atas peluang yang diberi untuk menghadiri seminar Prof Dr Muhaya sebentar tadi.
Sesungguhnya saya menjadi testimoni,
Bahawa dengan sentiasa mencari ilmu Allah,
Akan membantu kita mengenal diri kita.
Sesiapa yang mengenal dirinya,Akan mengenal Tuhannya.
Man 'Arafa Nafsahu, Faqad 'Arafa Rabbahu.
Wallahua'lam.

No comments:
Post a Comment