Dikongsikan,
Melalui tulisan hikmah oleh Ustaz Ebit Lew,
Nikmati .....
--
Seorang Tan Sri bertanya,
Saya sudah berumur 56 tahun.
Baru mula solat setahun yang lalu.
Tapi hati ini hancur menangis kerana semua anak dara saya sudah rosak dan tiada hala tuju..
----
Semuanya tidak solat.
Pakaian sexy barat menjadi pakaian mereka.
Makanan semuanya halal.
Malam karaoke atau pusat hiburan dengan minuman haram.
Tiada erti Tuhan dalam hidup kami.
Ramadhan atau raya semuanya sama.
Saya dan isteri baru berhijrah perlahan-lahan.
Tapi melihat anak begitu..
apakan daya lagi..sudah buat pelbagai usaha dan menangis dalam doa.
----
Jawab saya ada satu jalan.
Kata Imam Ghazali, ceramah atau syarahan hebat-hebat seperti malam hujan lebat dan esok sekeliling basah.
Tapi perkataan Nabi saw yang kita dengar setiap hari seperti setitik air dari gunung yang jatuh atas satu batu.
Setitik-setitik lama-lama batu menjadi lekuk.
Begitulah perkataan Nabi saw..
-----
Tan Sri hidupkan amalan ini di rumah bersama anak isteri secara istiqamah.
Cari waktu tetap contoh 9.30 malam -10 malam.
Setiap hadis ulang 3 kali.
10 minit akhir cerita sifat para sahabah.
Kisah para sahabah.
Pujuk semua ahli keluarga bersama-sama.
Saya lihat semua orang yang amalkan dalam keluarga.
Hidup keluarganya berubah.
Wujud rahmat, kasih sayang, ketenangan.
Dan sifat taat pada Allah dan Rasul.
Jika satu lagu yang dosa boleh beri kesan pada anak-anak dan keluarga kita.
Inikan pula satu Hadis Nabi saw yang ada nur.
Perkataan Allah dan Nabi saw ada nur yang menerangi hati kita.
Allah yang tetapkan kebaikan disebalik perkataanNya dan kekasihNya..
----
Orang tadi mula amalkan dan anak-anaknya kini mula berubah.
Anak-anak mula jaga solat dan rajin belajar agama.
Dia menangis gembira melihat perubahan ahli keluarganya..
Kita tak boleh ubah sesiapa.
Tapi hidayah dan rahmat Allah.
Berusahalah tarik rahmat Allah dalam rumahtangga kita..
Mulakanlah bacaan Hadis Nabi saw.
Hadis nilai kepentingan amalan, nilai sesuatu amalan.
Buku yang disusun dengan cantik ialah Muntakhab hadis oleh Syaikh Yusuf al-khandahlawi.
Di dalamnya ada 7 bahagian.
Baca dari setiap bahagian kemudian tandakan.
Boleh gilir-gilirkan ahli keluarga yang boleh membaca.
Bukan hukum hakam.
Sebaiknya duduk dengan menutup aurat dan adab.
Merasai Nabi saw bercakap dengan kita kerana ia perkataan Nabi saw.
Anak-anak kecil bawa bersama.
Walaupun mereka bermain-main atau tidur.
Rasakan bahawa , " Hadis ini untuk saya. "
Saidina Umar ra dengar perkataan Nabi saw dari seorang tua yang biasa dengan mengalirkan airmata.
Badan menggeletar dan jatuh ke tanah..
----
Allahuakbar.
Mengenal Allah melalui kenali Rasulullah s.a.w.
Satu susuk tubuh insan,
Yang menjadi rahmat pada sekalian alam.
Wallahualam.
Najwa Syolehah Jaafar
AlwaysALearner
AlwaysALearner

