Friday, February 27, 2015

SALAH SATU SEBAB ISLAM JATUH ~

Kata Tuan Saiful Nang,
Waktu pergi dengar talk dia di UPM dulu.

Antara punca tamadun Islam jatuh sewaktu kerajaan Uthmaniah dahulu adalah,
Ramai scholar yang menulis buku,
Ramai pula umat Islam yang membacanya,
Tetapi tidak ramai pula yang mengamalkannya.

Mungkinkah 'tradisi' itu masih berterusan ke hari ini?
Refleksi untuk kita.
Kita itu,termasuklah diri saya.
Kerana kita,
Islam masih belum bangkit seperti kegemilangan tamadun dahulu.


Thursday, February 26, 2015

SOALNYA HATI ~


heart emotico
Yang paling mengotori hati ini ada dua,
Satu,
Duniawi ini,
Cinta terhadap dunia,
Hubbud dunnia.

Dan yang kedua,
Nafsu,

Kalau kita berhasil mengenal,
Menaklukkan dan menempatkan dengan tepat,
Maka hati itu jauh lebih tenang.

Seperti dunia ini,
Kita sering menganggap kesuksesan datang dari kekayaan,
gelar,pangkat,kedudukan,popularitas,piala.

Padahal tiada dalam Al-Quran alat ukur kesuksesan kecuali cuma satu,
" Inna akramakum 'indAllahi At Qokum. "

 Aa Gym, Indonesia.

Wednesday, February 25, 2015

ALKISAH EMASSSS ~~

Malam-malam kacau stokis,
Terpaksa kacau sebab ada kawan register ahli.
Kena inform juga.



Ok,
Ini simple plan untuk saving anak-anak,
Bagi yang sudah beranak.

Kalau belum beranak,
Boleh la,
Simpan untuk diri sendiri dulu.

Tak pandai nak buat ayat-ayat hype,ayat bombastik segala bagai.
Sebab memang menabung emas ini sudah terbukti,
Bagus untuk masa depan,
InsyaAllah.

Adakah saya boleh bagi jaminan 100% ?
Tiada jaminan dalam dunia ini yang benar dan 100% betul seperti apa yang kita rancangkan,
Melainkan hanya jaminan dari Allah Taala.

KWSP,SOCSO,Gaji besar itu semua jaminan hidup senang?
Belum tentu.
Ada yang mati dahulu sebelum dapat merasa KWSP berguni-guni itu.
hehe.
Ini berdasarkan apa yang diceritakan oleh penulis dalam sebuah buku tentang kewangan.

Kita hanya ikhtiar,
Dan ikhtiar itu ibadah.

---
Dalam website saya,
InsyaAllah sudah lengkap penerangan untuk yang ingin tahu lebih lanjut tentang saving plan ini.

Otherwise,
Nak tanya saya juga,
InsyaAllah saya usahakan untuk cuba taip semula macam apa yang sudah diterangkan dalam website tersebut.
Yang saya tak tahu,
Saya akan ajukan pada yang lebih arif.

Kita sama-sama belajar.

Tuesday, February 24, 2015

KISAH TAK MAHU MAKAN AYAM ~

Semoga sedikit sharing kali ini,
Memberi manfaat pada yang lain untuk amalkan juga.

Sebab apa?
Sebab saya sendiri pun terkesan dengan kisah ini,
Menjadikan saya 'sedikit' particular tentang apa yang saya makan.

Sedikit la,
Compare dengan dulu tidak ambil tahu langsung,
Yang penting dapat menyenyangkan perut.

Cerita kali ini,
Tentang seorang bekas majikan yang saya panggil Pakcik,
Dia ini tidak makan ayam.

Sebab dia cerita pada saya,
Tentang sumber-sumber makanan ayam-ayam,
Yang almost 90% sebenarnya tidak halal,
Dan dia sebut dari sumber mana dia tahu.

And yet,
Sumber itu sumber trusted.

Tetapi dia tidak lah tidak membenarkan ahli keluarga,
Dan sahabat-sahabat dia yang lain untuk mengikut pendirian dia itu.

Bagi dia,
Orang lain ada pilihan masing-masing.

Anak-anak dia makan KFC dan segala jenis ayam,
Dia tak halang,
Cuma dia je yang berpegang pada pendirian dia.

Pernah satu waktu,
Saya tapaukan nasi kenduri untuk dia,
Ambil nasi dan lauk lebih,
End up,
Pakcik tu makan nasi kosong je.
Huhu.

Dan saya pernah tanya dia,
Kenapa pakcik tak makan ayam?
Bukan ke itu antara lauk yang ramai orang suka,
Dan mudah juga didapati kat mana-mana.

Jawapan simple Pakcik itu,
Senyum je dia jawab,
" Pakcik nak doa pakcik makbul. "

smile emoticon

Bukan setakat firm dengan pendirian dia itu je,
Dia juga jenis tidak suka makan luar.

Even kedai makan sebelah kedai dia pun,
Dia tak order makan.
Dia hanya minum je.

smile emoticon

---
Apa kena mengena makanan dengan doa makbul ?
Hehe.

Islam ajar kita untuk dapatkan sumber makanan yang halal dan bersih,
Kerana ia membentuk daging.

Daging serta hati yang baik,
InsyaAllah akan membentuk keperibadian yang baik.

Hati yang baik,
Mudah-mudahan membawa kita untuk mengenal Allah dan Rasul,
Serta diberi kemudahan untuk faham akan agama.

Hati yang baik,
Mudah-mudahan dibuka segala hijab yang membuatkan doa menjadi makbul disisi Allah Taala.

Wallahua'lam.

Tuesday, February 17, 2015

PERNAH TAHU TENTANG MATAWANG PALING STABIL DUNIA ~

Dalam ramai-ramai,
Ada yang pm saya,
Nak beli emas,
Sebab susah nak simpan duit.

Simpan-simpan,
Asyik keluar semula je,
Beli itu ini.
Susah nak control nafsu membeli bila tengok dalam akaun ada je duit.

Ambil inisiatif lain,
Tukarkan duit tu jadi gold bar.

Dah la boleh simpan sehingga berketurunan,
Harga emas meningkat pula saban tahun.

Dan emas kalis inflasi,
Unlike duit kertas yang kita pegang setiap hari itu.

Buktinya,
Zaman Rasulullah,
Boleh beli kambing guna 1dinar emas.
Sekarang?
Harga kambing masih sama dengan nilai satu dinar emas.
Padahal perbezaan tahun sudah 1400 tahun lebih.

---
Explore sesuatu yang baru jom.
;p

Saya jual dinar emas.
Website saya,
Boleh pm saya untuk pertanyaan.

smile emoticon

‪#‎eh‬! siapa kenal anak siapa tu?kemain besar gelang.


Monday, February 16, 2015

KEMATIAN HAKIKAT KEHIDUPAN ~



Hidup ini sebuah perjuangan,
Dalam sebuah perjalanan,
Yang akan ada pengakhiran,
Iaitu disaat nyawa terpisah dari badan,
Ditarik oleh malaikat yang diutuskan Tuhan.

Namun,
Pengakhiran bagaimana yang kita dambakan?
Menjadi insan kesayangan Tuhan,
Serta diiringi sambutan para malaikat di kayangan,
Atau sekadar menjadi bahan cemuhan yang tidak diterima alam ciptaan?

Sungguh,
Kematian itu sesuatu yang menghidupkan,
Agama itu menjadi nasihat yang sering mengingatkan,
Mengejutkan hati yang sering lena ditelan duniawi yang sangat melekakan,
Membuatkan kita jauh dari makna,
'Apa itu sebenarnya kehidupan' .

Justeru kepada siapa kita harus ikut-ikutan?
" Al Ulama Warothatul Ambiya " menjadi slogan,
Ianya harus dijadikan pegangan,
Mengajar diri siapa perlu dijadikan panduan,
Kerana di akhirat nanti bersama mereka kita ingin dibangkitkan.

Semoga dengan sebuah kematian,
Menjadi asbab islah,
Juga asbab hidayah.

- Tulisan hamba.

Monday, February 9, 2015

FERRARI TERBAKAR ~

Kereta mewah,mahal , first class macam ini pun boleh terbakar?
Tidak mustahil kan.
Bila ianya digunakan tidak mengikut manual sepertimana ia diciptakan.

Ia dicipta untuk kelajuan,
Bukan bersesak-sesak terperangkap dalam jem macam kereta-kereta biasa yang lain.

---
Refleks diri kita.

Macam itu juga kita.
Kita adalah manusia,
Yang ada Penciptanya.

Bila kita tidak mengikut manual yang sepatutnya,
Pasti akan rosak bila sampai saatnya.

Andai tidak nampak rosaknya saat di dunia,
Di akhirat nanti,
Pasti ada balasan yang menunggu kita.

Tidak di akhirat,
Dalam kubur nanti pun akan kita rasa.

Mode:jom belajar semula,kenal manual kita,kenal Pencipta kita,apa yang Dia mahu kita lakukan sebenarnya.