Tuesday, February 24, 2015

KISAH TAK MAHU MAKAN AYAM ~

Semoga sedikit sharing kali ini,
Memberi manfaat pada yang lain untuk amalkan juga.

Sebab apa?
Sebab saya sendiri pun terkesan dengan kisah ini,
Menjadikan saya 'sedikit' particular tentang apa yang saya makan.

Sedikit la,
Compare dengan dulu tidak ambil tahu langsung,
Yang penting dapat menyenyangkan perut.

Cerita kali ini,
Tentang seorang bekas majikan yang saya panggil Pakcik,
Dia ini tidak makan ayam.

Sebab dia cerita pada saya,
Tentang sumber-sumber makanan ayam-ayam,
Yang almost 90% sebenarnya tidak halal,
Dan dia sebut dari sumber mana dia tahu.

And yet,
Sumber itu sumber trusted.

Tetapi dia tidak lah tidak membenarkan ahli keluarga,
Dan sahabat-sahabat dia yang lain untuk mengikut pendirian dia itu.

Bagi dia,
Orang lain ada pilihan masing-masing.

Anak-anak dia makan KFC dan segala jenis ayam,
Dia tak halang,
Cuma dia je yang berpegang pada pendirian dia.

Pernah satu waktu,
Saya tapaukan nasi kenduri untuk dia,
Ambil nasi dan lauk lebih,
End up,
Pakcik tu makan nasi kosong je.
Huhu.

Dan saya pernah tanya dia,
Kenapa pakcik tak makan ayam?
Bukan ke itu antara lauk yang ramai orang suka,
Dan mudah juga didapati kat mana-mana.

Jawapan simple Pakcik itu,
Senyum je dia jawab,
" Pakcik nak doa pakcik makbul. "

smile emoticon

Bukan setakat firm dengan pendirian dia itu je,
Dia juga jenis tidak suka makan luar.

Even kedai makan sebelah kedai dia pun,
Dia tak order makan.
Dia hanya minum je.

smile emoticon

---
Apa kena mengena makanan dengan doa makbul ?
Hehe.

Islam ajar kita untuk dapatkan sumber makanan yang halal dan bersih,
Kerana ia membentuk daging.

Daging serta hati yang baik,
InsyaAllah akan membentuk keperibadian yang baik.

Hati yang baik,
Mudah-mudahan membawa kita untuk mengenal Allah dan Rasul,
Serta diberi kemudahan untuk faham akan agama.

Hati yang baik,
Mudah-mudahan dibuka segala hijab yang membuatkan doa menjadi makbul disisi Allah Taala.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment