Thursday, January 29, 2015

MINTALAH PERTOLONGAN ~

Bila sudah bekerja,
Pandai sikit-sikit guna AI,
Boleh la tolong sepupu buat assignment dia.

And the best is,
Bila dia call ucap terima kasih dan beritahu,
Kumpulan dia je yang lecturer terima hasil kerja,
Kumpulan lain semua tidak fulfil requirement as mentioned dalam task paper.

Rasa syukur dapat membantu.
Tidak ambil apa-apa upah pun.
Cuma menjalankan tanggungjawab sosial.

And this time,
Allah bagi job,
Yang ada nilainya.
Ia berbayar!

Button batch for wedding.
---
Sebelum mula,
Termangu sekejap.
Tengok raw design,
Plain.
Macam mana nak mix and match supaya jadi cantik?

Monolog sendiri,
" Aku dah la tak pandai design.
Kalau design ni hasilnya kaku,
Aku yang tengok pun tak selera,
Apatah lagi customer . "

And end up,
Berdialog lah dengan Yang Sepatutnya.
Mulakan dengan bismillah,
Try and adjust hitu-hini.
And done!

---
Kalau hasilnya masih mengecewakan,
Saya tidak berasa terkilan,
Sebab dari awal lagi saya dah minta petunjuk dan pertolongan Dia.

Samada hasilnya baik atau buruk,
Be grateful.
Tugas kita usaha sahaja,
Hasilnya ya terserah Allah.

Kalau buruk,
Improve,
Kalau baik,
Thankful.

smile emotico

Moral of the story,
Apa jua yang kita buat kat dunia ni,
Belajar untuk 'minta' dulu dengan Tuhan.

Belajar,dan terus belajar.


Monday, January 19, 2015

MUTIARA ILMU ~

" Hakikat kehidupan yang sebenarnya di sisi Allah adalah hidupnya hati. "
Imam Al-Ghazali.
# Tingkatkan zikir,
Kurangkan fikir.

Friday, January 16, 2015

WORDS OF WISDOM ~

" Bismillah in each and every charity " 
Bediuzzaman Said Nursi.
---
Kenapa disebut each,kemudian disebut lagi every?
Kalam Allah dan perkataan-perkataan ilmuan Islam,
Memerlukan masa untuk difahami,
Serta diselami hikmahnya.

Kerana yang disampaikan bukan yang tersurat,
Sebaliknya tersirat.

Monday, January 12, 2015

GANJARAN UNTUK ORANG YANG KUAT SABAR! ~

Ganjaran untuk orang yang kuat sabar. 
Anda mungkin orangnya ! 

like emotico 
heart emotic----
" Banyakkan bersabar menjalani hidup di atas muka bumi Tuhan ini.
Kerana di akhirat nanti,
Tidak semestinya pahala solat,
Pahala puasa,
Pahala haji dan sebagainya yang membawa kita ke syurga Allah,

Akan tetapi pahala bersabar itu yang membawa kita untuk tinggal di syurga Allah. "

Monday, January 5, 2015

CERITA HIJRAH SELEBRITI ~

Perkongsian sedikit cerita berkaitan penghijrahan Fara Fauzana.
Dikongsikan secara eksklusif olehnya dalam seminar Transformasi Diri.
Oleh sebab Prof Muhaya dan Kak Nora sendiri yang request ,
Dia terpaksa rela juga sharing.

Apa lagi kami peserta-peserta yang datang,
Lagi-lagi lah mahu tahu.
Hehe.

Dan setahu saya,
Tidak ada media expose tentang ini,
Seperti mana hijrah selebriti lain.

Alhamdulillah,
Kami dapat cerita eksklusif.

Allah bagi.

---
Kak Fara sama sahaja macam manusia biasa.


Dan satu perkara yang mungkin membantu dia untuk Allah izinkan hidayahNya sampai,
Adalah dia selalu berkomunikasi dengan Allah.

Bila balik kerja sehari-harian,
Tiada suami atau kawan-kawan yang boleh di ajak berborak.
Dia sentiasa berborak-borak dengan Allah.

Macam kita biasa borak dengan kawan-kawan kita.

-

Kak Fara juga kerap minta Allah kejutkan dia pukul ini,pukul ini.
Dan sentiasa sahaja Allah bangunkan dia mengikut apa yang dia minta itu.

Dan satu masa,
Dia minta Allah kejutkan pukul 4.49.
Dan,
Yes ! Allah kejutkan exactly pada waktu yang dia minta itu.

Saat itulah,
Dia benar-benar rasa akan kewujudan Dzat Allah ini.

--
Questioned dalam diri,
Allah beri semua yang ada pada kita dari awal sehingga ke hari ini,
Kenapa kita masih tidak ingin mengenaliNya ?
Serta kenapa tidak sahaja kita menurut segala perintahNya?

Kak Fara ada seorang rakan ini,
Dan dia hadir juga seminar tersebut.
Seorang muslimah berniqab.

Kak Fara cakap,
Kawan dia ini tidak pernah cakap pada dia,
Yang apa dia pakai itu salah,
Atau apa-apa yang dia buat itu tidak betul.

Kawan dia itu cuma menunjukkan melalui akhlak serta perbuatan.


--

Cerita bab hijrah-hijrah ini,
Saya sangat mudah mengalirkan air mata.

Pertama kerana ianya fitrah Allah bagi pada kita.
Keduanya,
Kerana Allah Yang Maha Baik ini juga telah menghadirkan rahmatNya untuk saya juga mempunyai pengalaman hijrah diri sendiri.

Nikmat yang mana lagi hendak kamu dustakan ?


Semoga memberi manfaat.
Wallahu A'lam.

p/s:cerita ini saya kongsi di facebook saya.Dengan izin Allah,mendapat ramai sangat pembaca.
Alhamdulillah.
My happiness is when everyone make a u-turn to The Almighty Allah.

Sunday, January 4, 2015

CERITA 2 WANITA BERSAMA SEBATANG TONGKAT ~

Waktu habis dari seminar hari itu,
Sementara tunggu kawan,
Duduk di satu kerusi.

Tidak jauh dari tempat duduk saya,
Saya ternampak 2 orang wanita,
Bersama sebatang tongkat.
Berwarna putih.

Oh,
Orang buta ke.
Melihat mereka sedang tercari-cari sesuatu di dalam beg mereka.

Pasti mereka perlukan sesuatu,
Kemudian ambil keputusan untuk tolong mereka.

Saya mendekati mereka ,
Bagi salam,
Dan tanya,
Cari apa yer ?
Boleh saya bantu.

Salah seorang wanita itu cakap,
" Sedang masukkan barang dalam beg,
Hujan nanti basah beg ni.
Sayang beg ni.

Nak naik teksi kat depan tu nanti. "
Ternyata,
Beg yang disayang itu,
Adalah paper bag bercetak 'Modest Culture' ,
Produk dari butik Prof.

Dia cakap,
Dia beli tudung.

Kemudian dia tanya saya,
" Ada jual online ke baju-baju Prof? "

Saya cakap,
Saya pun tak pasti.
Hehe.

Kemudian dia kata,
Kalau beli online,
Tak boleh pegang.

Waktu itu sudah terfikir,
Ya kan,
Macam saya punyai mata,
Saya tidak kisah untuk tidak pegang,
Kerana saya punyai mata untuk melihat ia cantik atau tidak.
Berkenan di mata,
Maka insyaAllah itu yang akan dibeli.

Tapi berlainan pula dengan wanita ini,
Dia menggunakan deria berlainan dengan saya untuk membuat pilihan.

SubhanAllah.
Unik sungguh setiap ciptaan yang Allah buat.

---
Kata ustaz Yusuf Mansur,
" Sebenarnya di pesantren itu yang mahalnya bukan ilmu otak,
Di pesantren itu yang paling mahalnya ya ilmu kehidupan. "

Wallahua'lam

Saturday, January 3, 2015

JODOH ITU KERJA ALLAH,YAKINLAH! ~

Mahu dengar cerita keajaiban dari Allah tentang jodoh ?
Kisah benar ini.

https://www.youtube.com/watch?v=PjlSaqmVwyo

Ustaz ada sebut tentang ' God Sign ' .
Atau bahasa Melayu disebut,
Tanda-tanda Allah.

Dalam Al-Quran,
Allah sebut sebagai 'aayatun min aayatillah' , 
Dalam surah Yasiin.

-------
Pengalaman diri saya sendiri.

Berminat nak tahu ?
=)


Ada satu masa itu,
Dalam usaha mencari,
' Siapakah bakal imamku ? '
;p

Allah datangkan tanda-tanda Nya,
Iaitu muncul seorang kenalan lama.

Waktu itu,
Memang yakin,
Bahawa dialah yang Allah sudah hantar sebagai jodoh saya.

Setelah bukan hanya sekali tanda yang Allah tunjuk,
Malah 3kali berturut-turut tanda yang sama.

Apatah lagi,
Pernah ada cerita waktu sekolah dahulu dengan kenalan itu.

Ya,
Kuat rasanya waktu itu,
Dialah bakal jodohku.

Sampai satu masa,
Setelah beberapa minggu dari tanda akhir yang Allah bagi,
Saya terima satu kad jemputan kahwin dari seorang kenalan lain.

Dan kad kahwin tersebut,
Sudah tentu-tentu lah milik kenalan itu sendiri.

Saya buka untuk melihat siapakan nama kepada bakal suami kenalan itu,
Bila buka ,
Allahu.
Saya lihat,
.
.
.
.
Rupa-rupanya nama yang saya fikirkan jodoh saya itu,
Ada tertulis dalam kad tersebut.

Kenalan saya itu,
Mengadakan majlis kenduri serentak dengan kenduri 'jodoh tak jadi' saya itu.
Huhu.

Allahu,
Waktu itu,
Perasaan dalam hati ,
Hanya Allah saja yang tahu.

Kerana sepanjang tanda-tanda yang Allah bagi itu,
Kenalan saya itu tidak langsung menampakkan atau mengkhabarkan kepada saya yang dia akan berkahwin.
Sebab itu,saya langsung tidak mengagak yang nama dia tertulis dalam kad tersebut.

---
Apa pun,
Redha dalam kecewa.
Dan,
Terasa sangat-sangat,
Ibarat Allah cakap,
" Jodoh kamu itu Aku yang tentukan.
Kamu tiada urusan tentang itu. "

Macam terkena tamparan yang besar ,
Dari peristiwa itu.
Dan ambil keputusan,
Angkat tangan,
Dan serah segala-galanya pada Allah urusan jodoh.
Diri ini hanya kerdil,
Tak tahu apa.

T_T

Waktu kenduri mereka,
Hadir bersama emak,
Dan ceritakan peristiwa itu pada mak.
Hehe.

---

Kadang-kadang Allah turunkan tanda,
Tetapi tanda itu tidak menyebelahi kita.

Sebaliknya pandang ia sebagai satu kebesaran Allah.
Apa jua yang Allah hendak tunjukkan pada kita,
Ya,itu yang Dia tunjuk.
Kemudian kita lah harus fikir akan hikmahnya.

Setelah peristiwa itu,
Siapa juga yang datang,
Saya serahkan pada Allah.

Tak mahu lagi ada perasaan kecewa di kemudian hari,
Atas harapan yang kita bina sendiri .
Kan..
=)

Wallahua'lam.




Friday, January 2, 2015

73 GOLONGAN ITU BAGAIMANA ? ~

73 golongan yang membawa pelbagai tafsiran.
Nabi s.a.w tidak bawa 3 Islam,
Hanya satu Islam. ~


Pertama kali dengar ucapan Tun Dr Mahathir.
Tonton di tv Al-Hijrah.
Rakaman sewaktu International Islamic Forum di Putrajaya lalu.

Sangat-sangat bagus isi kandungan ucapan Tun.
Impressive.

InshaAllah,
Saya kongsikan di sini.
----

Sewaktu kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w,
Rasulullah ajar pengikut baginda untuk membaca serta mempelajari ilmu-ilmu dari negara-negara bukan Islam yang lain.

Kemudian adaptasi ke dalam masyarakat Islam sendiri mengikut agama dan budaya masyarakat setempat.
Seperti contoh,
Dinar diambil dari negara Parsi,
Tidak meniru dengan meletakkan tanda salib ,
Sebaliknya menukarnya dengan kalimah 'Lailaha Illallah' .

Oleh kerana meniru serta mengadaptasi ilmu-ilmu dari negara bukan Islam,
Islam waktu itu sehingga beberapa abad selepasnya menjadi satu tamadun yang sangat hebat di mata dunia.

Sehingga pada satu abad,
Bermula abad ke-15 dan seterusnya,
Satu pandangan baru diperkenalkan,
Iaitu tidak lagi memandang kepada negara bukan Islam,
Sebaliknya hanya membincangkan isu-isu yang ada dalam agama.

Dan bermula dari situ,
Ketamadunan Islam merosot dan semakin merosot,
Sehingga ke hari ini.

----
Ada yang memberi buah fikiran,
Jika begitu,
Untuk menaikkan semula Islam,
Kita bangunkan semula Islam seperti mana yang berlaku pada abad ke-7 dahulu.

Dimana muncul ramai scholar Islam dalam bidang Sains dan Matematik,
Sepertimana Ibnu Sina,Al-Jazari dan sebagainya.

Jawapan yang diberi Tun,
Jika begitu,
Islam malah akan lagi mundur.
Kerana abad ke-7 tidak sama lagi dengan abad ke-21 ini.

Ibarat,
Lembing dan panah sudah tidak sesuai digunakan untuk melawan bom dan segala peralatan canggih sekarang ini.

---
Jangan mengecilkan skop pandangan Islam seperti apa yang disebut dalam Al-Quran dan Hadith sahih.
Itu rujukan utama.

Dan pandangan serta tafsiran para ulama dahulu,
Mungkin tidak lagi relevan untuk zaman sekarang.

Pegang teguh pada Al-Quran dan Hadith,
Namun tukar tafsiran menurut zaman yang kita lalui sekarang.

Situasi sekarang,
Apabila berbeza tafsiran dengan ulama dahulu,
Dikatakan sebagai kafir.

----
Sewaktu sesi soal jawab,
Salah seorang penonton bertanya,
" If you were the Prime Minister right now,
What will you do to this country ? "

Jawapan Tun,
Beliau akan menekankan aspek pendidikan.
Beliau ingin pelajar-pelajar di sekolah turut ditekankan dengan nilai-nilai serta akhlak Islam.

Kerana sistem pendidikan Islam yang di ajar sekarang,
Hanya memfokuskan tentang tatacara ibadah seperti solat,puasa,
Serta ibadah-ibadah lain yang mana mendatangkan pahala.

Dalam masa menekankan ilmu ibadah,
Tidak lupa juga kepada dua ilmu penting yang lain iaitu akidah dan tasawwur.

Soalan lain,
Dalam hadith Nabi juga ada menyebut tentang 73 golongan di akhir zaman.
Dan bagaimana ingin mengetahui golongan yang mana kah yang betul.

Jawapan Tun,
Nabi s.a.w hanya membawa satu Islam,
Bukan 3 Islam.

Selepas Nabi s.a.w wafat,
Ada puak yang mengatakan Ali r.a yang berhak menjadi khalifah,
Dan pelbagai lagi pendapat lain.

Dari situ lah,
Munculnya perpecahan dalam kalangan umat Islam sendiri.

Sehingga ke hari ini,
Sunni mengatakan Syiah bukan Islam,
Syiah juga mengatakan Sunni bukan Islam.

Perpecahan datang dari kalangan penganutnya.
Atas sebab apa ?
Kerana masing-masing mempertahankan tafsiran masing-masing.

Jika kita hanya berpegang pada satu sahaja tafsiran,
Dan menidakkan tafsiran yang lain,
Sukar untuk kita mengenali dan mengamalkan Islam yang sebenar.

Oleh itu,
Rujukan utama umat Islam sepanjang zaman,
Hanyalah Al-Quran dan Sunnah.

Ini selari dengan khutbah terakhir Nabi s.a.w ,
" Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. 
Itulah Al-Quran dan Sunnahku. "

----
Kesimpulannya,
Yang utama sentiasa jadikan pegangan,
Iaitu Al-Quran dan Sunnah.

Yang kedua,
Tidak ubah Al-Quran dan Sunnah,
Sebaliknya tukar tafsiran-tafsiran yang dibuat oleh manusia,
Sesuai mengikut peredaran zaman.

Anak panah tidak relevan lagi untuk melawan bom-bom nuklear.
Justeru,
Perbanyakkan mempelajari ilmu-ilmu luar yang sangat melimpah sekarang ini,
Serta adaptasi dalam bentuk budaya Islami.

Barulah Islam dapat mengikut arus peredaran zaman,
Serta tidak ditindas oleh negara-negara lain.

----
Saya teringat satu tagline di ikimfm,
Yang mungkin bersesuaian dengan tulisan ini iaitu,
" Biar terbuka jangan sampai hanyut,
Biar tertutup jangan sampai jumud. "

Wallahua'lam.
Ini ditulis mengikut apa yang saya ingat.

Dan sudah tentu terlalu banyak lagi butir mutiara yang tidak saya coretkan di sini.
Jika ada yang saya tersalah tulis,
Jangan ikut saya.


Just follow Al-Quran and Sunnah,
Kita tidak akan sesat.

" Allahumma Ihdina As-Sirathol Mustakim "
Mohon petunjuk serta hidayah Allah.
Ingat,kita ini hamba.


Oh Allah,
This is serious issue to be considered by all Muslim around the world.

Apa yang aku boleh sumbangkan dalam hal ini?
Tepuk dada,tanya Allah.


Again,
Wallahu Taala A'lam.

Hehe.
Gambar lama.
Pointnya message dari gambar.
Nice kan ?

Thursday, January 1, 2015

REFLEKSI 2014 ~

" Melihat musibah serta ujian yang banyak berlaku pada tahun 2014,
Dengarkah kita,
Allah sebenarnya sedang berbicara dengan kita. "

- Fauziah Ahmad Daud.


" Hijrah kan lah diri,
Selagi nyawa masih dikurnia Ilahi. 
Hijrah bersifat harian,mingguan,bulanan serta tahunan. "
- Ustazah Fatimah Syarha.

Buatlah pusingan U-Turn.
Kembali kepada Allah.

Peringatan bersama.

InsyaAllah,given another year to get improve ourselves.

Wallahua'lam.