Friday, January 2, 2015

73 GOLONGAN ITU BAGAIMANA ? ~

73 golongan yang membawa pelbagai tafsiran.
Nabi s.a.w tidak bawa 3 Islam,
Hanya satu Islam. ~


Pertama kali dengar ucapan Tun Dr Mahathir.
Tonton di tv Al-Hijrah.
Rakaman sewaktu International Islamic Forum di Putrajaya lalu.

Sangat-sangat bagus isi kandungan ucapan Tun.
Impressive.

InshaAllah,
Saya kongsikan di sini.
----

Sewaktu kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w,
Rasulullah ajar pengikut baginda untuk membaca serta mempelajari ilmu-ilmu dari negara-negara bukan Islam yang lain.

Kemudian adaptasi ke dalam masyarakat Islam sendiri mengikut agama dan budaya masyarakat setempat.
Seperti contoh,
Dinar diambil dari negara Parsi,
Tidak meniru dengan meletakkan tanda salib ,
Sebaliknya menukarnya dengan kalimah 'Lailaha Illallah' .

Oleh kerana meniru serta mengadaptasi ilmu-ilmu dari negara bukan Islam,
Islam waktu itu sehingga beberapa abad selepasnya menjadi satu tamadun yang sangat hebat di mata dunia.

Sehingga pada satu abad,
Bermula abad ke-15 dan seterusnya,
Satu pandangan baru diperkenalkan,
Iaitu tidak lagi memandang kepada negara bukan Islam,
Sebaliknya hanya membincangkan isu-isu yang ada dalam agama.

Dan bermula dari situ,
Ketamadunan Islam merosot dan semakin merosot,
Sehingga ke hari ini.

----
Ada yang memberi buah fikiran,
Jika begitu,
Untuk menaikkan semula Islam,
Kita bangunkan semula Islam seperti mana yang berlaku pada abad ke-7 dahulu.

Dimana muncul ramai scholar Islam dalam bidang Sains dan Matematik,
Sepertimana Ibnu Sina,Al-Jazari dan sebagainya.

Jawapan yang diberi Tun,
Jika begitu,
Islam malah akan lagi mundur.
Kerana abad ke-7 tidak sama lagi dengan abad ke-21 ini.

Ibarat,
Lembing dan panah sudah tidak sesuai digunakan untuk melawan bom dan segala peralatan canggih sekarang ini.

---
Jangan mengecilkan skop pandangan Islam seperti apa yang disebut dalam Al-Quran dan Hadith sahih.
Itu rujukan utama.

Dan pandangan serta tafsiran para ulama dahulu,
Mungkin tidak lagi relevan untuk zaman sekarang.

Pegang teguh pada Al-Quran dan Hadith,
Namun tukar tafsiran menurut zaman yang kita lalui sekarang.

Situasi sekarang,
Apabila berbeza tafsiran dengan ulama dahulu,
Dikatakan sebagai kafir.

----
Sewaktu sesi soal jawab,
Salah seorang penonton bertanya,
" If you were the Prime Minister right now,
What will you do to this country ? "

Jawapan Tun,
Beliau akan menekankan aspek pendidikan.
Beliau ingin pelajar-pelajar di sekolah turut ditekankan dengan nilai-nilai serta akhlak Islam.

Kerana sistem pendidikan Islam yang di ajar sekarang,
Hanya memfokuskan tentang tatacara ibadah seperti solat,puasa,
Serta ibadah-ibadah lain yang mana mendatangkan pahala.

Dalam masa menekankan ilmu ibadah,
Tidak lupa juga kepada dua ilmu penting yang lain iaitu akidah dan tasawwur.

Soalan lain,
Dalam hadith Nabi juga ada menyebut tentang 73 golongan di akhir zaman.
Dan bagaimana ingin mengetahui golongan yang mana kah yang betul.

Jawapan Tun,
Nabi s.a.w hanya membawa satu Islam,
Bukan 3 Islam.

Selepas Nabi s.a.w wafat,
Ada puak yang mengatakan Ali r.a yang berhak menjadi khalifah,
Dan pelbagai lagi pendapat lain.

Dari situ lah,
Munculnya perpecahan dalam kalangan umat Islam sendiri.

Sehingga ke hari ini,
Sunni mengatakan Syiah bukan Islam,
Syiah juga mengatakan Sunni bukan Islam.

Perpecahan datang dari kalangan penganutnya.
Atas sebab apa ?
Kerana masing-masing mempertahankan tafsiran masing-masing.

Jika kita hanya berpegang pada satu sahaja tafsiran,
Dan menidakkan tafsiran yang lain,
Sukar untuk kita mengenali dan mengamalkan Islam yang sebenar.

Oleh itu,
Rujukan utama umat Islam sepanjang zaman,
Hanyalah Al-Quran dan Sunnah.

Ini selari dengan khutbah terakhir Nabi s.a.w ,
" Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. 
Itulah Al-Quran dan Sunnahku. "

----
Kesimpulannya,
Yang utama sentiasa jadikan pegangan,
Iaitu Al-Quran dan Sunnah.

Yang kedua,
Tidak ubah Al-Quran dan Sunnah,
Sebaliknya tukar tafsiran-tafsiran yang dibuat oleh manusia,
Sesuai mengikut peredaran zaman.

Anak panah tidak relevan lagi untuk melawan bom-bom nuklear.
Justeru,
Perbanyakkan mempelajari ilmu-ilmu luar yang sangat melimpah sekarang ini,
Serta adaptasi dalam bentuk budaya Islami.

Barulah Islam dapat mengikut arus peredaran zaman,
Serta tidak ditindas oleh negara-negara lain.

----
Saya teringat satu tagline di ikimfm,
Yang mungkin bersesuaian dengan tulisan ini iaitu,
" Biar terbuka jangan sampai hanyut,
Biar tertutup jangan sampai jumud. "

Wallahua'lam.
Ini ditulis mengikut apa yang saya ingat.

Dan sudah tentu terlalu banyak lagi butir mutiara yang tidak saya coretkan di sini.
Jika ada yang saya tersalah tulis,
Jangan ikut saya.


Just follow Al-Quran and Sunnah,
Kita tidak akan sesat.

" Allahumma Ihdina As-Sirathol Mustakim "
Mohon petunjuk serta hidayah Allah.
Ingat,kita ini hamba.


Oh Allah,
This is serious issue to be considered by all Muslim around the world.

Apa yang aku boleh sumbangkan dalam hal ini?
Tepuk dada,tanya Allah.


Again,
Wallahu Taala A'lam.

Hehe.
Gambar lama.
Pointnya message dari gambar.
Nice kan ?

No comments:

Post a Comment