Friday, August 29, 2014

BACK TO ORIGIN MUSLIM


Bila kita tahu betapa teruknya dosa,
Betapa hinanya kita di sisi Pencipta,
Kita rasa takut dan tak mahu lagi kembali kepada hidup yang lama.

Bila pintu taubat Allah buka,
Ambillah peluang sebaiknya,
Sebab tak semua orang miliki benda yang serupa.

Kata Flexia Yeap sebelum dia revert to Islam,
" Allah bagi banyak sangat hidayah kepada kita,
Tapi mungkin kita ni yang lupa untuk minta taufiq daripada Dia. "

Sebab tu,
Masih terus dengan kehidupan yang sama.

Untuk mengenal Pencipta,
Ada jalannya.

Dekatkan diri dengan ilmu agama.
Tapi tidak 100% Allah akan bagi hidayah melalui ilmu-ilmu itu semata.

Tapi once Allah bukakan pintu kesedaran,
Yang datang dari hati,
Bukan hanya berdasarkan ikut-ikutan,
Dengan izin Dia,
Kita akan berubah.

Tapi,
Bak kata Ustaz Zul Ramli,
Kesedaran itu,
Ada ' expiry date ' nya.

Bila kita masih tidak keluar dari surrounding yang lama,
Kurang cari ilmu,
Kurang orang-orang yang selalu ingatkan,
Possibility untuk kembali kepada hidup yang lama akan tinggi.

---

Dalam sebuah buku bisnes,
Ada petikan tentang,
" Dekati orang yang baru bertaubat,
Kerana waktu itu lah hati dia benar-benar lembut."

Nabi kita ada cakap,
Yang hati manusia ni berkarat-karat.

Mana tahu,
Dengan mendekati hati-hati yang lembut itu,
Akan memujuk juga hati kita untuk lembut.

--- 

Tentang hati,
Sesuatu yang sangat perlu untuk dipelihara,
Ibarat satu berlian yang tidak ternilai harganya,
Yang wujud dalam diri kita.

Sekali kita dapat rasa hati macam tu,
Peliharalah ia sebaiknya,
Kerana ianya hanyalah sekadar permulaan sahaja.
Banyak lagi soal hati yang Allah akan uji hambaNya.

Apatah lagi Allah jadikan,
Sifat hati ini sangat mudah berbolak-baliknya.

Apa-apa pun,
Kekalkan istiqamah dalam berdoa,
Mohon Allah tarik balik ke jalan Dia,
Sebab kita ni mudah sangat terpesong hakikatnya.

Wallahua'lam.

Photo: [ BACK TO ORIGIN ]

Bila kita tahu betapa teruknya dosa,
Betapa hinanya kita di sisi Pencipta,
Kita rasa takut dan tak mahu lagi kembali kepada hidup yang lama.

Bila pintu taubat Allah buka,
Ambillah peluang sebaiknya,
Sebab tak semua orang miliki benda yang serupa.

Kata Flexia Yeap sebelum dia revert to Islam,
" Allah bagi banyak sangat hidayah kepada kita,
Tapi mungkin kita ni yang lupa untuk minta taufiq daripada Dia. "

Sebab tu,
Masih terus dengan kehidupan yang sama.

Untuk mengenal Pencipta,
Ada jalannya.

Dekatkan diri dengan ilmu agama.
Tapi tidak 100% Allah akan bagi hidayah melalui ilmu-ilmu itu semata.

Tapi once Allah bukakkan pintu kesedaran,
Yang datang dari hati,
Bukan hanya berdasarkan ikut-ikutan,
Dengan izin Dia,
Kita akan berubah.

Tapi,
Bak kata Ustaz Zul Ramli,
Kesedaran itu,
Ada ' expiry date ' nya.

Bila kita masih tidak keluar dari surrounding yang lama,
Kurang cari ilmu,
Kurang orang-orang yang selalu ingatkan,
Possibility untuk kembali kepada hidup yang lama akan tinggi.

---

Dalam sebuah buku bisnes,
Ada petikan tentang,
" Dekati orang yang baru bertaubat,
Kerana waktu itu lah hati dia benar-benar lembut."

Nabi kita ada cakap,
Yang hati manusia ni berkarat-karat.

Mana tahu,
Dengan mendekati hati-hati yang lembut itu,
Akan memujuk juga hati kita untuk lembut.

--- 

Tentang hati,
Sesuatu yang sangat perlu untuk dipelihara,
Ibarat satu berlian yang tidak ternilai harganya,
Yang wujud dalam diri kita.

Sekali kita dapat rasa hati macam tu,
Peliharalah ia sebaiknya,
Kerana ianya hanyalah sekadar permulaan sahaja.
Banyak lagi soal hati yang Allah akan uji hambaNya.

Apatah lagi Allah jadikan,
Sifat hati ini sangat mudah berbolak-baliknya.

Apa-apa pun,
Kekalkan istiqamah dalam berdoa,
Mohon Allah tarik balik ke jalan Dia,
Sebab kita ni mudah sangat terpesong hakikatnya.

Wallahua'lam.

sekadarperkongsianrasa.
manusiatidaklaridarilupadandosa.

Najwa Syolehah Jaafar
AlwaysALearner