Friday, November 28, 2014

JALAN HIDUP YANG CANTIK ~

#Throwback
-----
Tengah melayan mata mengantuk,
Tetiba mak yang baru balik mengaji,
Bawa satu berita.

Terkejut.
Terus baca doa untuk dia.
3x doa.
Beserta Al-Fatihah.

Tak pernah kenal dia.
Tak pernah sentuh dia.

Hanya mendengar cerita tentang dia dari ahli keluarga dia.
Seorang ahli syurga Allah.
Jaminan 100%.

Allah.
Allah.
Allah.

Seronok jadi dia.
Siapa dia?
Anak bekas majikan saya,pakcik dan makcik.
Berumur 20an.
Perempuan.

Pakcik,
Kalau dah bukak kedai pagi-pagi,
Pukul 7.30 mesti kena balik,
Nak mandikan dia,
Sebelum pergi kerja.

Sebab dia tak nak mandi dengan ummi,
Nak dengan abah je.

Tengahari,
Pakcik kena balik makan tengahari dengan dia,
Kalau tak dia tak nak makan.

Pakcik dan makcik jaga dia sebaik mungkin.
Manjakan dia.
Kakak dan adik-adik dia pun sama.

Dia,
Allah jadikan sebagai jalan ke syurga buat pakcik dan makcik.

-----
Sedihnya.
Teringat-ingat,
Sebab pakcik dan Makcik orang yang sangat baik.

Banyak saya belajar dari mereka.
----
Patutlah keluar rumah pagi tu,
Kedai tutup lagi.
Sepatutnya dah bukak.

Dah doa macam-macam dalam hati.
Tak pernah lagi tengok kedai tak bukak waktu macam tu.
Sebab pakcik,
Pukul 4pagi dah bangun,
Solat,lepas tu pergi pasar.

Sampai subuh,
Solat,
Lepas tu bukak kedai.

-----
Hikmah Allah terlalu banyak berlaku depan mata kita.
Tinggal nak ambil atau tidak je.
#A strict reminder for myself.

Najwa Syolehah Jaafar
AlwaysALearner

Monday, November 24, 2014

SENTAPAN PAGI , BUKAN TYPO ~

Sentapan pagi ini..
Bukan santapan ye.

=)



Datang seorang kawan kerja ke meja saya,
Dan nampak al-Quran atas meja.

Dia tanya,
Ini Al-Quran ?

Saya cakap ye.

=)

" Saya nak minta tolong ,
Ajarkan saya Al-Quran.
U mesti tahu ini kan.

Satu jam,
Malam ke,pagi ke.
Pun boleh.

Saya tahu sikit-sikit,
Alif Lamm Mimmm..

Nanti saya beli Al-Quran,
Saya pergi KL. "

--
Saya offer dia,
" Al-Quran kat rumah saya banyak,
Nanti saya bagi U satu. "

Dia jawab,
" Saya mahu beli Al-Quran ada tulisan Bangladesh punya.

Dulu saya ada satu,
Saya mahu belajar tulis dan baca Arobic punya.

Saya tahu,
Bangladesh punya tulisan ada yang tak betul.
Tulis Lam tak sama dengan tulis Arobic.
Lam baca panjang,
Bangladesh tak tulis panjang. "

" Saya mahu cari Tuhan saja.
Yang lain saya tak mahu. "

Pagi pun senang bangun,
Sekarang saya rajin solat.

Dulu ada sikit-sikit malas. "
-----
Antara borak-borak kami.
Sentapnya dengan Allah.
Nangis dalam hati.

Allah selalu buat saya nangis lately.
---
Ramai orang,
Bukan dia tak tahu mengaji,
Bukan tak tahu solat,
Tahu.

Tapi sebab tinggalkan,
Lama-lama jadi lupa.

=)

Nabi Adam juga buat silap.
Tergelincir dari perintah Allah.
Tapi Allah ilhamkan untuk taubat pada Dia.

Look back at sirah,
Let Sirah teach you a great lesson.

Wallahua'lam....

Najwa Syolehah Jaafar
AlwaysALearner

Saturday, November 22, 2014

MENCARI MAKNA KEHIDUPAN ~

Mencari makna kehidupan..
Dulu-dulu lahir disambut dengan azan,
Kemudian diajar solat dan Iqra sehari-harian,
Bila dah besar sikit masuk sekolah makayah daftarkan,
Dengan niat menjadilah anak yang menunaikan harapan.

---
Kemudian hidup anak diteruskan ,
Selesai menuntut ilmu di sekolah dan universiti pilihan,
Sibuk pula dengan pekerjaan yang tak menang tangan,
Masa yang ada menjadi terhad dek terikat dengan masa yang perlu diperuntukkan untuk majikan.

Masa yang ada,
Tidak seperti dulu kala,
Kehidupan baru jadi lebih utama.

Keluar pagi,
Balik petang,
Terkadang sampai malam.

Oleh kerana penat badan,
Masa yang ada digunakan untuk bersantai bersama keluarga tersayang,
Tidak terlintas di hati untuk mencari ilmu pengetahuan.

Ah!
Dulu sudah terlalu lama ke sekolah,
Kemudian masuk U,
Inilah masanya untuk berehat-rehat dari ilmu..

---
Lantas kehidupan diteruskan begitu sehari-harian,
Mencari ilmu bukan lagi menjadi keinginan,
Rutin yang biasa tetap diteruskan.

Berdasarkan ilmu yang dipelajari , tetapi telah lama ditinggalkan,
Bayangkan kita mengaji Al-Quran ikut ilmu darjah 5 yang cikgu bekalkan,
Tak mahu upgrade diri sedangkan banyak salah makhraj dan sebutan,
Iyalah dulu kita kecik, tahap mana sangatlah kita dapat serap betul-betul ilmu itu kann.. ?

Hasilnya,sekarang nak jadi imam pun segan-segan,
Tolak menolak masing-masing kedepan,
Sebab sendiri tahu diri tak setaraf dengan imam-imam lain yang menjadi ikutan,
Last-last sembahyang solo-soloan,
Sayanglah...
Masing-masing tak dapat pahala dengan 27kali gandaan.

---
Ini sedikit realiti kehidupan yang saya sendiri alami.
Niat untuk berkongsi,
Mungkin ada yang boleh diambil masuk ke dalam hati.

Saya akui,
Dengan ilmu Allah bagi,
Banyak membantu merubah diri ini.

---
Saya pernah dengar Prof Muhaya cakap,
Setiap mukmin yang baik,
Hari ini mestilah lebih baik dari semalam.
Saya tanya diri sendiri.
Macam mana tu?
Sebab saya rasa rutin saya hari ini dengan semalam sama je.

Macam mana tu ?
Risau.

--
And i do realise that,
Hidup ini rupanya sentiasa kena bergelumang dengan ilmu.
Sentiasa.

Kalau tersalah jalan sikit,
Takut hanyut,
Dan kita lupa untuk cari makna ' apa sebenarnya kehidupan kita ni ? '

Kalau kita hanyut,
Sayang...
Nanti jadi sia-sia apa yang kita buat sampai penat-penat sangat tu.

Sebab yang saya faham,
Di akhirat nanti,
Setiap benda,
Walau seinci apa pun yang kita buat kat dunia,
Allah akan nilai.

So,
Ia akan diklasifikasikan menjadi 3 benda,
Samada benda baik yang kita buat menjadi amal soleh,
Yang kedua,perkara mungkar akan menjadi dosa,
Yang ketiga perkara tersebut walaupun ia baik, tidak dikira sebagai amal soleh,
So ia akan masuk akaun sia-sia.

--
For this time being,
I found the reasons,
Why I should do this and that..

Antaranya,
Kenapa saya memilih untuk hijrah cara pemakaian dari yang tak syariah compliance,
Kepada yang syariah compliance.

Kenapa saya tidak perlu takut untuk letakkan posisi jadi imam dalam solat,
Bila masing-masing tolak menolak tak nak jadi imam.

I can beat the fear of being imam in solat,
Sebab saya jumpa sebab yang kuat kenapa saya perlu buat benda yang saya tak pernah buat sebelum-sebelum ini.

---
Dalam satu buku prof Muhaya,
Dia ada quotes,
" Shift Ambition To Meaning "

Saya ulang-ulang kali baca dan fikir,
Apa maknanya ni ?
Tak faham..

Tapi alhamdulillah,
Tak lama lepas-lepas tu,
Allah bagi faham lepas dengar satu ceramah Prof kat Utube.

---
Lesson nya,
Sentiasa cari ilmu.

Sayangnya anggota badan kita,
Kalau kita pilih untuk mereka lihat,dengar,cakap perkara yang tidak bermanfaat untuk kita.

Kita ni sentiasa jadi pelajar selama mana kita hidup,
Rupa-rupanya.
=)


Kalau dulu mungkin kita belajar agama sebab mak ayah suruh,
Kita pun ikut,
Masuk lah sekolah agama.

Sekarang kita berhak membuat keputusan,
Samada nak jadikan agama sekadar ikut-ikutan,
Atau nak jadikan agama sebab memang menjadi pilihan.

Lain hasilnya,
Bila kita letak agama sebagai pilihan.
Sebab kita yang memilih untuk hidup berTuhan.

--
Wallahua'lam.
Ini coretan,
Semoga ada hati yang mengambil sebagai peringatan,
Tidak lupa untuk diri sendiri ini jadikan panduan sepanjang zamannn..



Najwa Syolehah Jaafar
AlwaysALearner

Tuesday, November 18, 2014

MU'AZ dan MU'AWIZ ~

2 nama ini antara nama kanak-kanak yang hebat sewaktu zaman Nabi s.a.w.
Yang kita selalu familiar adalah nama Hassan dan Hussain,cucu Nabi s.a.w.
Boleh la letak nama pada anak-anak.
=)
Muaz dan Muawiz adalah kanak-kanak yang berada di sebelah kiri dan kanan Abdul Rahman b. Auf sewaktu perang badar.
Mereka berusia antara 10-11 tahun.
Masing-masing bertanya kepada Abdul Rahman,
Yang mana satu Abu Jahal?
Dia selalu menyakitkan hati Nabi,
Aku nak bunuh dia.

Sewaktu perang,
Apabila Abdul Rahman menunjukkan siapa Abu Jahal,

Kedua kanak-kanak ini meluru ke arah Abu Jahal dengan tangkas,
Dan telah menjatuhkan Abu Jahal dengan pedang mereka.

Dan Abu Jahal mati di pedang seorang sahabat.
.
.
.
Cerita ni panjang.
Untuk hayati lebih lanjut,
Boleh rujuk di buku-buku.

Point nya,
Betapa hebatnya cinta 2 orang kanak-kanak ni pada Nabi S.A.W.

MasyaAllah.
Tabarakallah.

Sirah Nabi s.a.w adalah perjalanan cerita yang terlalu banyak ibrah untuk kita hayati dan ikuti.


Najwa Syolehah Jaafar
AlwaysALearner

Sunday, November 16, 2014

ARWAH ADIK PUNYA CERITA ~

Allahu..
Teringat,
Setiap kali dengar satu nasyid ni dari Hijjaz .

Sebab waktu form3,
Lepas habis PMR,
Sekolah ada buat pertandingan antara kelas-kelas pelajar form3,
Macam-macam aktiviti ada,
Antaranya nasyid.

Yang dok ingat sangat aktiviti tu,
Sebab waktu tu saya jadi solo.
haha.

Bukan sebab suara sedap pun,
Tapi sebab saya je yang tahu lagu tu.
Plus,wakil kelas je pun.
So,tak banyak pilihan yang ada,
Maka, 'ter'jadi lah solo.
=)

Waktu malam akhir,
Kemuncak,
Nak umumkan pemenang untuk setiap aktiviti,
Kitorang semua pun berkumpul lah kat dewan sekolah.

Tengah menunggu acara nak mula,
Seseorang panggil saya,
Cakap ada saudara datang.

Tertanya-tanya,
Ada apa ye,
Tak pernah saudara datang melawat.
Waktu malam pulak tu.

Ok,
Jumpa la dia.

Rupa-rupanya dia datang sebab nak ambil saya bawak balik.
Adik saya excident,
Dan ada di HKL.
----
Maka,
Cepat-cepat packing baju,
Nak balik.

Esoknya baru datang hospital,
Terus peluk mak yang tengah tunggu adik tengah operate .

Lama jugak operate.
Kalau tak silap,
5 - 6 jam.

Dan dimaklumkan juga oleh mak,
Seorang kawan yang sama-sama dengan adik,
Meninggal on the spot,
Sebab melibatkan kepala.
Allahuakbar.

Bila adik keluar dari bilik operation,
Nampak jahitan di kepala dia,
Muka bengkak,
Tapi tak ada calar-calar langsung di muka,
Bersih muka dia,
Di badan ada sikit-sikit calar.


Adik kena tahan dekat Unit Rawatan Rapi,
Bukan istilah ICU,
Tak ingat apa entah.


Sepanjang berada di hospital,
Syukur,
Saya yang teman mak,
Sebab dah tak ada komitmen di sekolah,
Since PMR pun dah selesai.

Mak memang tak balik-balik ke rumah,
Dari hari pertama berada di hospital,
Cuma saya la kadang-kadang balik tidur rumah pakcik.
Mak memang berkampung di hospital je.

Adik pula sepanjang berada di atas katil hospital,
Memang tak sedar,
Koma sepanjang masa.

Tapi kadang-kadang bila mak cakap-cakap dengan dia,
Nampak air mata dia keluar.

Sampailah hari ke 14,
Kalau tak silap,

Ramadhan yang ke4,
Mak buat pertama kalinya setelah berhari-hari berkampung di hospital,
Balik ke rumah pakcik bersama saya untuk berehat tidur di rumah.

Perancangan Allah itu sungguh hebat.
Malam tu kat rumah pakcik,
Lepas dah mandi-mandi,
Mak duduk dekat dapur bersembang-sembang dengan makcik.

Dapat panggilan telefon dari hospital.
Dan nurse bagitahu yang adik sedang nazak.

Allahuakbar.
Kami semua terus cepat-cepat ke hospital.

Dalam kereta,
Memang sudah tawakal dan redha,
Andai tak sempat bersama adik saat akhir dia..

Sampai di hospital,
Adik dah tak ada.
Muka dia dah diikat dengan kain kafan.

Allahuakbar.
Waktu tu pertama kali rasa kehilangan seorang ahli keluarga yang rapat.


T_T
----

Bila semakin dewasa,
Semakin memahami.

Dan terasa bertuahnya dia,
Beruntungnya dia dapat kembali pada Allah dalam usia yang sangat muda.
Seawal usia 14 tahun.
Waktu tak banyak dosa lagi ...

Bertuahnya dia,
Bertuahnya dia,
Bertuahnya dia.

Dan semoga dapat jumpa dia lagi di satu tempat yang ' best ' satu hari nanti.
Dan berharap sangat agar dia jadi penyelamat kedua mak ayah saya di 'sana' nanti.
Dan orang kedua yang saya harap dapat jadi penyelamat pd mak ayah saya adalah,
Diri saya.
Walaupun sedar dan Allah sendiri tahu bagaimana keadaan diri sendiri ini,
Tapi pasang niat itu lebih utama.

----

Antara akhlak adik saya yang paling saya ingat,
Dia akan share makanan yang ada pada dia dengan adik beradik yang lain.

Contohnya sekeping biskut,
Dia akan keratkan kecil-kecil dan bahagi-bahagikan.
Walaupun keadaan biskut itu sendiri sudah memang bersaiz kecil.


Yet,
He is soft spoken person.

=)

Semoga Allah redha akan dia...
--
Minta Allah ilham nak menulis malam ni.
Idea tu banyak,
Tapi bila taip-taip,
Berhenti separuh jalan.

Bukan senang nak menulis ni,
Kalau tak ada 'roh'nya.

Bukan tangan yang menulis hakikatnya,
Tapi hati.

Allah ilhamkan pulak nak tulis hat ni..
Semoga ada lah manfaat atasnya.

Wallahua'lam

Najwa Syolehah Jaafar
AlwaysALearner

Friday, November 14, 2014

CERITA EMAS SEORANG MAKCIK

Saya share cerita akhir Ustazah NorHafizah Musa di slot usrati di ikimfm..

Check it out...
=)

----

Suatu hari,
Ada seorang makcik telefon ustazah,
Minta ustazah datang rumah,
Ambil sedikit barang kemas dia,
Dia minta ustazah sampaikan pada mana-mana sekolah tahfiz.

Ustazah cakap,
Ustazah tak sempat nak datang rumah ambil,
Ustazah minta suami ustazah tolong ambilkan.

Bila suami ustazah bawa pulang emas tu ke rumah,
Bukan barang kemas gelang,rantai semua tu,
Tapi jongkong emas.

Ustazah tengok beratnya 500gm.
Ustazah tekan-tekan kalkulator,
Waktu itu harga emas rm160 per gram,
Tekan-tekan kalkulator,
Nilaian jongkong emas itu adalah rm80,000.

Ustazah telefon semula makcik tersebut,
Tanya betul ke nak sedekah nilai rm80,000 dari jongkong emas tu ?
Makcik tu cakap,ya .

Padahal ustazah cakap,
Makcik tu dulu duduk rumah setinggan je.
Sekarang duduk rumah PPR.

Kalau tak silap ustazah,
Dia tak ada kenderaan,
Dia naik public transport je.

MasyaAllah..
Hebatnya makcik tu.
-----
Kita yang ada kenderaan,
Dan mungkin menjalani kehidupan yang sedikit lebih baik dari makcik itu,
Belum tentu lagi sudah cukup derma rm80,000 seumur hidup kita sampai saat ini.

Allahu..
Allahu..
Allahu..

Makcik ni bijak betul.
Dia mengejar sesuatu yang jauh lebih mahal dari nilai rm80,000 tu.


*gambar hiasan.



Najwa Syolehah Jaafar
AlwaysALearner

Monday, November 10, 2014

DEARIE MUSLIMAH. [ AKU PUN MACAM KORANG ] ~

Credit kepada seorang muslimah,
Tangannya yang diredhai yang menulis ini untuk ingatan kita semua.
Semoga jadi iktibar bersama.
=)
------
 " Dulu aku pun macam korang.
Pakai tudung tapi slempang kiri kanan.

Pakai baju tapi selinsing lengan.
Kalau dapat yang labuh tu,jarang jarang.

Dulu aku pun macam korang.
Mak ayah,aku buat macam kawan.

Cakap dengan diorang,acuh tak acuh asyik nak menang.
Bertekak memanjang.

Bukan aku tak tahu,mak ayah duk fikir pasal aku malam siang.

Dulu aku pun macam korang.

Kawan laki,macam kawan perempuan.
Tepuk tampar,macam kebiasaan.

Malu aku melayang.
Menggedik menghenyam tu aku rasa lumrah alam perempuan.

Nak kata,jahilnya masa silam.

Dulu,aku pun macam korang.

Tapi sampai suatu masa,ALLAH uji aku macam macam.
Nak cerita lebih,ada cerita yang lebih baik kita simpan.
Kan?

Sampailah aku nampak macam mana jijiknya dunia,
Dan hebatnya perkiraan tuhan dekat akhirat sana.

Aku baru sedar,dunia tak selama mana.
Apa aku nak tunjuk sebenarnya?

Aku nak bermegah dengan siapa?
Buat dosa tak kira masa,apa aku ingat hidup ini lama?

Dekat akhirat,aku nak bawak bekal apa?
Tak yah cakap pasal akhirat,

tuh azab kubur,siapa nak ganti aku tanggung azab.
Tak tutup aurat.

Tak jaga ikhtilat.
Cakap mak ayah semua aku lipat.

Dulu,aku pun macam korang.
Tapi selagi tuhan beri kita kehidupan,
Tidakkah pintu kembali sentiasa terbuka?

Tak berbaloi pun,
Hidup lawan tuhan.
Lama lama,kau jumpa Dia juga.
..
Mungkin kau nak cakap,
'Ala nanti tua aku taubat.'
Hm,mungkin kau tak ingat,

Dekat sana akhirat tuhan tanya, ‘masa muda,apa kau buat?’
See?

Takkan melepas,kawan.
Aku pesan,
Sebab dulu pun aku macam korang.

---

Ingatan untuk kita semua.
Allahuakbar !