Allahu..
Teringat,
Setiap kali dengar satu nasyid ni dari Hijjaz .
Sebab waktu form3,
Lepas habis PMR,
Sekolah ada buat pertandingan antara kelas-kelas pelajar form3,
Macam-macam aktiviti ada,
Antaranya nasyid.
Yang dok ingat sangat aktiviti tu,
Sebab waktu tu saya jadi solo.
haha.
Bukan sebab suara sedap pun,
Tapi sebab saya je yang tahu lagu tu.
Plus,wakil kelas je pun.
So,tak banyak pilihan yang ada,
Maka, 'ter'jadi lah solo.
=)
Waktu malam akhir,
Waktu malam akhir,
Kemuncak,
Nak umumkan pemenang untuk setiap aktiviti,
Kitorang semua pun berkumpul lah kat dewan sekolah.
Tengah menunggu acara nak mula,
Seseorang panggil saya,
Cakap ada saudara datang.
Tertanya-tanya,
Ada apa ye,
Tak pernah saudara datang melawat.
Waktu malam pulak tu.
Ok,
Jumpa la dia.
Rupa-rupanya dia datang sebab nak ambil saya bawak balik.
Adik saya excident,
Dan ada di HKL.
----
Maka,
Cepat-cepat packing baju,
Nak balik.
Esoknya baru datang hospital,
Terus peluk mak yang tengah tunggu adik tengah operate .
Lama jugak operate.
Kalau tak silap,
5 - 6 jam.
Dan dimaklumkan juga oleh mak,
Dan dimaklumkan juga oleh mak,
Seorang kawan yang sama-sama dengan adik,
Meninggal on the spot,
Sebab melibatkan kepala.
Allahuakbar.
Bila adik keluar dari bilik operation,
Bila adik keluar dari bilik operation,
Nampak jahitan di kepala dia,
Muka bengkak,
Tapi tak ada calar-calar langsung di muka,
Bersih muka dia,
Di badan ada sikit-sikit calar.
Adik kena tahan dekat Unit Rawatan Rapi,
Bukan istilah ICU,
Tak ingat apa entah.
Sepanjang berada di hospital,
Syukur,
Saya yang teman mak,
Sebab dah tak ada komitmen di sekolah,
Since PMR pun dah selesai.
Mak memang tak balik-balik ke rumah,
Dari hari pertama berada di hospital,
Cuma saya la kadang-kadang balik tidur rumah pakcik.
Mak memang berkampung di hospital je.
Adik pula sepanjang berada di atas katil hospital,
Memang tak sedar,
Koma sepanjang masa.
Tapi kadang-kadang bila mak cakap-cakap dengan dia,
Nampak air mata dia keluar.
Sampailah hari ke 14,
Kalau tak silap,
Ramadhan yang ke4,
Mak buat pertama kalinya setelah berhari-hari berkampung di hospital,
Balik ke rumah pakcik bersama saya untuk berehat tidur di rumah.
Perancangan Allah itu sungguh hebat.
Malam tu kat rumah pakcik,
Lepas dah mandi-mandi,
Mak duduk dekat dapur bersembang-sembang dengan makcik.
Dapat panggilan telefon dari hospital.
Dan nurse bagitahu yang adik sedang nazak.
Allahuakbar.
Allahuakbar.
Kami semua terus cepat-cepat ke hospital.
Dalam kereta,
Dalam kereta,
Memang sudah tawakal dan redha,
Andai tak sempat bersama adik saat akhir dia..
Sampai di hospital,
Sampai di hospital,
Adik dah tak ada.
Muka dia dah diikat dengan kain kafan.
Allahuakbar.
Allahuakbar.
Waktu tu pertama kali rasa kehilangan seorang ahli keluarga yang rapat.
T_T
----
Bila semakin dewasa,
Bila semakin dewasa,
Semakin memahami.
Dan terasa bertuahnya dia,
Dan terasa bertuahnya dia,
Beruntungnya dia dapat kembali pada Allah dalam usia yang sangat muda.
Seawal usia 14 tahun.
Waktu tak banyak dosa lagi ...
Bertuahnya dia,
Bertuahnya dia,
Bertuahnya dia,
Bertuahnya dia.
Dan semoga dapat jumpa dia lagi di satu tempat yang ' best ' satu hari nanti.
Dan semoga dapat jumpa dia lagi di satu tempat yang ' best ' satu hari nanti.
Dan berharap sangat agar dia jadi penyelamat kedua mak ayah saya di 'sana' nanti.
Dan orang kedua yang saya harap dapat jadi penyelamat pd mak ayah saya adalah,
Diri saya.
Walaupun sedar dan Allah sendiri tahu bagaimana keadaan diri sendiri ini,
Tapi pasang niat itu lebih utama.
----
Antara akhlak adik saya yang paling saya ingat,
Antara akhlak adik saya yang paling saya ingat,
Dia akan share makanan yang ada pada dia dengan adik beradik yang lain.
Contohnya sekeping biskut,
Contohnya sekeping biskut,
Dia akan keratkan kecil-kecil dan bahagi-bahagikan.
Walaupun keadaan biskut itu sendiri sudah memang bersaiz kecil.
Yet,
He is soft spoken person.
=)
Semoga Allah redha akan dia...
--
Minta Allah ilham nak menulis malam ni.
Minta Allah ilham nak menulis malam ni.
Idea tu banyak,
Tapi bila taip-taip,
Berhenti separuh jalan.
Bukan senang nak menulis ni,
Kalau tak ada 'roh'nya.
Bukan tangan yang menulis hakikatnya,
Bukan tangan yang menulis hakikatnya,
Tapi hati.
Allah ilhamkan pulak nak tulis hat ni..
Allah ilhamkan pulak nak tulis hat ni..
Semoga ada lah manfaat atasnya.
Wallahua'lam
Wallahua'lam
Najwa Syolehah Jaafar
AlwaysALearner
No comments:
Post a Comment