Friday, March 20, 2015

ISTERI TIDAK BEKERJA ? ~

Kaunselor: Apakah pekerjaan Encik Zainal ?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.


Kaunselor : isteri pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Isteri saya yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Isteri bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : isteri yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, isteri buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Isteri kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Isteri buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.


-----


Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?
 Rutin seharian isteri bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?
 Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting dan layak digelar PENGURUS RUMAHTANGGA dan Bukannya SURIRUMAH.
Lepas ni isi borg ank2 sekolah, perkerjaan ibu = PENGURUS RUMAHTANGGA...ingat ye wahai lelaki yg bakal bergelar suami.

Wallahua'lam

Tuesday, March 17, 2015

TALKING ABOUT TIME. ~

Masa ~

Alhamdulillah,
Hari itu,
Solat isyak di Kota Kinabalu.

Tidak lama kemudian nya,
Solat subuh di Putrajaya pula.

Jauh,
Bukan lagi disebabkan jarak,
Tapi jauh,
Oleh perbezaan masa.

Dengan ada nya kenderaan inovasi manusia yang bisa mendekatkan yang jauh,
Jarak yang beribu-ribu batu bukan lagi halangan.

Jarak antara Selangor dan Penang contohnya,
Lebih dekat daripada Selangor dengan Sabah.

Tapi,
Kalau dari Sabah naik flight ke Selangor,
Lebih cepat masanya ,
Dibandingkan dengan dari Penang ke Selangor dengan menaiki kereta.

Macam itulah,
Jauh dikira dengan masa,
Bukan jarak.

----
Beza antara kita,makhluk dengan Pencipta,
Adalah masa.

Kita ada waktu lahir,
Ada waktu tamat.

Tapi tidak Pencipta kita.
Tiada lahir,
Tiada tamat.

Jadi,
Jarak kita dengan Dia mesti terlalu jauh kan?

Jauh dari segi macam mana agaknya kan.
Adakah jauh dari nilai kita sebagai hamba,
Dan Tuhan,
Justeru selayak-layaknya kita perlu merasa izzah akan kebesaran Dia.

Oh,
Ilmu untuk mengenal Allah terlalu luas untuk diterokai.
Kerana itu agaknya kita selalu jauh.




gambar taken @ desa dairy farm,mesilau,ranau.

Monday, March 16, 2015

TAKUT KE ? ~

Sebelum balik kerja petang itu,
Dapat panggilan dari en bos,
Maklumkan seorang pelanggan yang kami pernah berurusan,
Meninggal dunia.

Sangat terkejut.
Sungguh,
Kematian itu datang tanpa kita duga,
Tidak terlewat walau satu saat pun,
Serta tidak dapat dijangka bagaimana caranya kita mengakhiri kehidupan di dunia.

Melangkah pula ke alam barzakh sana,
Sementara menunggu hari kebangkitan untuk dihisabkan oleh Tuan Empunya Dunia.

Deep thinking.
Pernah bersembang dengan seorang sahabat ini,
Teman bercerita tentang kesilapan,kehidupan dan ketuhanan.

Saya cakap pada dia,
Saya takut mati.

Dia pula cakap pada saya,
Akak tak takut mati,
Sebab mati itu pasti akan terjadi.
Cuma akak harap waktu itu,
Tuhan sudah ampunkan semua dosa-dosa akak.

Allahu.
Saya ingat kata-kata dia itu.
Waktu tu duduk-duduk sembang atas rumput depan masjid Putra.

And until now,
Sampai lah hujung nyawa nanti,
Saya masih berjalan mencari sebab,
Serta jawapan saya sendiri,
Kenapa saya tidak perlu takut mati.

cry emoticon
Allahuakbar.
---
Susah kita hendak jumpa kawan yang bercerita dengan kita perihal masa akan datang yang bakal dan pasti akan dilalui itu.
Kita selalu borak benda-benda biasa.
Future yang sangat pendek.
Cerita short term,bukan long term.

Wallahua'lam

Saturday, March 14, 2015

THROWBACK DI BUTIK PROF MUHAYA ~



Satu hari yang mengejutkan.

Waktu itu,
Di office,
Seperti biasa,
Mendengar segmen Prof di radio ikim.

Selepas kurang 15minit segmen Prof tamat,
Dapat panggilan telefon.

Dari PA Prof,
Mewakili butik Modest Culture,
Invite untuk buka booth waktu hari pelancaran butik Prof.

Lepas confirmkan kehadiran,
Letak telefon,
Rasa menggeletar badan.

Unexpected.

Dan terngiang-ngiang dalam hati waktu itu,
" Selangkah datang pada Allah,
Seribu langkah Allah datang pada kita."

The first person yang saya inform,
Adalah orang yang pertama ajak saya masuk seminar belajar niaga by DAO.
Makcik saya.

Banyak sangat pengalaman belajar waktu buat event ni.
Best!

Rezeki itu dari Allah.

Wallahua'lam

Thursday, March 12, 2015

ONE SHOT REMINDER ~

" Jangan suka ngaturin-ngaturin Allah.
Allah lebih tahu atau kita lebih tahu?
Apa yang Allah beri,
Pasti baik. "

---
Ada yang mengeluh kalau hujan,
Aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dirasakan terbantut.

" Hujan itu baik atau enggak? "
" Baikkkk.."
" Baik,atau pasti baik?"
" Pasti baikkkk.. "
Kuliah Aa Gym.

Wallahua'lam.

Monday, March 9, 2015

KALIMAH MAGIK KALAH HARRY POTTER ~

Seorang sahabat ini berpesan,
Kalau selesai kerja,
Cakap ' Alhamdulillah ' .

Dan-dan tu juga teringat lagu Raihan,
" Dimulakan dengan bismillah,
Disudahi dengan alhamdulillah. "

;p
Yakini dengan kalimah-kalimah keramat yang Allah dan RasulNya titipkan.
Itu antara perkara ghaib,
Kita tak boleh nampak dengan mata kasar magik nya,
Tetapi kita boleh rasa kesan magik nya.

Sampai kadang-kadang terdetik,
' Eh-eh,
Tak sempat lagi nak fikir apa solutionnya,
Tahu-tahu sudah berada dalam situasi menyelesaikan masalah tersebut.

Macam sekelip mata je,
Allah ilhamkan untuk selesaikan masalah,
Walhal selalunya masalah akan ambil masa untuk berfikir dulu bagaimana jalan hendak selesaikannya.

Itu semua kuasa Allah.
Kenal-kenal dengan Allah,
Sayang-sayang dengan Allah,
Cinta-cinta dengan Allah,
Banyak lagi magik yang akan berlaku.
Dengan izin Dia.

smile emoticoBelajar terus,

Kita tidak pernah akan sempurna,
Sampai lah akhir nafas kita kat muka bumi ini.

Wallahua'lam.

Friday, March 6, 2015

SAMPAN ATAS DARAT ~



Mak Ngah tengok gambar kakak ini,
Teringat pula pada kisah Sultan Muhammad Al-Fateh.
Kakak lepak-lepak dalam sampan yang terdampar di atas darat.
Sultan Muhammad pula memimpin pasukan 'melayarkan' kapal di atas daratan.

Bukan daratan yang jalannya rata,
Tetapi jalan yang berbukit-bukit di Galata.

Dalam hanya satu malam,
70 buah kapal 'belayar' di atas darat.
Dengan isi kapal yang dipenuhi senjata yang berat-berat belaka,
Mereka semua mampu mengalahkan akal manusia yang berfikir ia mustahil dilakukan oleh manusia biasa.

SubhanAllah.
Ia sejarah yang sangat hebat.
Untuk kita selongkar.

----
Saya petik dari kata-kata Ustaz Ir. Felix Siauw,
Anak-anak yang menonton Sponge Bob,
Menurunkan kekuatan otak mereka sebanyak 14% !

Lantas bagaimana caranya mendidik akal anak-anak ?
Boleh ambil kisah dari cara didikan Sultan Muhammad Al-Fateh.
Ayahnya sejak kecil membawa guru-guru untuk mengajar kepadanya bermacam-macam bidang ilmu.
Antaranya Sheikh Al-Kurani untuk mengajar Al-Quran,
Panglima Thartan untuk mengajarnya ilmu peperangan,
Dan yang paling seronok,
Syeikh Shamsuddin Wali yang banyak mengajar dia dengan hadis Nabi,
Serta kisah-kisah hebat para sahabiah dan pahlawan Islam.

Akal dan jiwanya,
Hari-hari dikuatkan dengan cerita-cerita kekuatan pahlawan Islam. 
Menjadikan rohnya sangat kuat untuk menakluk kota Konstantinopel.

Dengan izin Allah,
Dan membuktikan kebenaran hadith Nabi s.a.w,
Dia berjaya menakluk Konstantinopel pada usia 21 tahun.

Berbeza dengan anak-anak kita hari ini,
Mereka jauh dari kisah-kisah kekuatan pahlawan Islam.
Anak-anak kita lebih mengenali watak-watak kartun yang sering ditayangkan di tv.

---
Saya teringat satu kata-kata yang saya jumpa di blog,
Message nya lebih kurang begini,

" Jika kita ingin mencontohi seseorang,
Contohilah mereka-mereka yang sudah meninggal dunia,
Kerana apa?
Kerana kita sudah tahu bagaimana pengakhiran hidup mereka.
Sedangkan jika kita mencontohi orang-orang yang masih hidup bersama kita ini,
Kita belum tahu bagaimana akhirnya hidup mereka. "

Justeru,
Pelajarilah sejarah-sejarah hebat Rasulullah s.a.w,
Para sahabiah,
Pahlawan-pahlawan serta ilmuan-ilmuan Islam.

Sejarah mereka bersifat 'evergreen' .
Sesuai untuk sepanjang zaman.
Yakin dan percayalah.
Apatah lagi,
Mereka orang yang dekat dengan Allah,
Tuhan Empunya Dunia.

Wallahua'lam.

Thursday, March 5, 2015

KITA SERING MENJAGA ~

" Kita sering menjaga sekuat tenaga kita,
Agar supaya pakaian kita tidak kotor.

Kita sering menjaga agar kenderaan kita tidak kotor.
Tetapi kita jarang habis-habisan menjaga agar hati kita tidak kotor.
Jadi kita harus tahu bahawa salah satu yang sering kita lalaikan,
Adalah kita membiarkan banyak hal yang tidak perlu mengotori hati kita.

Padahal kedekatan dengan Allah sangat tergantung pada Qolbun Salim,
Bukan banyaknya ilmu, 
Bukan banyaknya amal, 
Tetapi bersihnya hati.

Semakin bersih hati seseorang, 
Semakin mudah untuk yakin. "

- Aa GymA

Wednesday, March 4, 2015

DIA MAHA MENEPATI JANJI ~

Satu waktu dulu,
Ada niat mahu belanja seorang kawan ini.

Baru je niat,
Belum lunaskan lagi,
Tiba-tiba kawan itu balas pulak kita.
Dia belanja amountnya 10x ganda dari niat asal saya mahu belanja dia.

Dan hari berikutnya,
Cek di bank statement,
Ada 2 transaksi masuk duit.
Dan baru teringat pernah sumbangkan certain amount pada seorang adik yang punyai masalah kesihatan,
Bila tengok record transfer di statement tersebut.

Buat kira-kira,
Amount transaksi tu,20x ganda pula dibandingkan dengan amount yang saya bagi pada adik tu.

Allahuakbar.
Saya bagi sedikit je.
Tapi Allah ganti lebih sangat.

Allah sangat menepati janjiNya.
Dan kita memberi,
Bukan semata-mata untuk minta Allah ganti,
Tetapi sebab memang kita perlu memberi.

Selangkah kita datang pada Allah,
Seribu langkah Allah datang pada kita.

Satu langkah kita,
Pasti tidak sama dengan satu langkah Allah.
Kalau seribu langkah Allah?
Lagilahhhh..

---
Kita bertuah kerana kita dilahirkan Islam.
The only agama yang Allah redha atas muka bumi ini.

Terlalu banyak kejahilan diri kita yang perlu diubah dan dibuang.
Justeru ajak dan didiklah diri melakukan islah,
Iaitu pembaikan ke atas diri untuk mencapai jiwa seorang Muslim yang sebenar.

Syukur ada Nabi s.a.w yang mengajar setiap inci tentang Islam pada kita.
Dan terpulang samada kita mahu belajar,langsung ikut atau tidak.

Monday, March 2, 2015

TEPATI MASA ~



Kadang-kadang,
Ada juga deal dengan orang yang kita tahu,
Kurang menjaga masa.

Tetapi,
Kita jangan fikirkan,
"Dia mesti lewat,
Takpelah aku lewat sedikit dari masa yang dijanjikan."

Sebaliknya,
Kita teruskan taat pada masa yang dijanjikan.

Tentang dia,
Tidak mengapa,
Biar dia yang uruskan.

---
Sesungguhnya,
Mujahadah yang berat adalah melawan diri sendiri.
Banyak bisikan-bisikan kecil datang bila kita mahu jadi lebih baik.

Itu lumrah.
Allah jadikannya begitu.

Ada satu kisah,
Seorang alim,
Bertahun-tahun dia berdakwah di kampungnya.

Akan tetapi,
Dalam tempoh yang begitu lama,
Terlalu kurang mereka yang mengikut apa yang didakwahnya.

Lantas seseorang berkata kepada orang alim itu,
" Hentikan sahaja kerja mu,
Kerana kamu tidak dapat mengubah masyarakat. "


Orang alim itu menjawab,
" Kerana itu,
Aku terus-terusan berdakwah,
Agar aku tidak diubah oleh masyarakat."


Its hard being a Fighter.
But it's not impossible to become a fighter,
One day.