Friday, October 31, 2014

KISAH INSPIRASI : JARAK SEHASTA KE NERAKA, TETAPI AKHIRNYA KE SYURGA.

Di satu pagi hari,
Tengah siap-siap nak pergi kerja,
Terdengar kat tv suara ustaz Zul Ramli.

Dalam hati cakap,
Ni mesti J.O.M.

Berdiri kaku sekejap depan tv,
Sambil mata jeling-jeling tengok jam.
Memang ikutkan dah lewat timing untuk pergi kerja,
Tapi nak jugak teruskan dengar apa yang ustaz nak share,
Sebab tinggal lebih kurang 10 minit je lagi nak habis rancangan tu,
So mungkin boleh adjust sikit masa untuk bersiap-siap.

Yang penting,dapat dengar sampai habis sharing ustaz tu.

Daripada berdiri,
Sampai duduk kat sofa.

---

Nak tahu apa yang ustaz share sampai saya determine nak dengar jugak sampai habis?

---

Macam ni ceritanya,


Terjadi di luar Malaysia,
Di sebuah masjid,
Seorang imam yang sudah biasa berhadapan dengan orang-orang baru yang ingin memeluk Islam,
Didatangi oleh seorang lelaki,

Berbadan besar,
Berambut panjang,
Persis American Chopper ( ustaz cakap ),
Datang dekat pada imam dan minta untuk di Islamkan.

Imam tersebut sedikit pelik,
Tetapi diteruskan hajat lelaki itu dan meminta lelaki itu membersihkan diri dengan mandi,
Dan imam tersebut perasan akan tatu lambang salib yang sangat besar di dada lelaki tersebut,

Sewaktu proses syahadah,
Syahadah terpaksa di ulang berkali-kali sehingga lafaznya dapat disebut dengan betul.
Betapa susah-payahnya lelaki itu.
Namun, Alhamdulillah akhirnya berjaya.

Tidak lama selepas itu,
Imam nampak lelaki tersebut menangis sambil menundukkan mukanya di meja,
Sehingga dilihat gegaran di meja tersbut.

Lantas imam datang dan memeluk lelaki tersebut.

Imam bertanya,
" Mengapa engkau ingin memeluk Islam ?

Ramai yang datang memeluk Islam denganku,
Setelah aku berhujah dengn mereka.

Tetapi engkau secara tiba-tiba datang lantas menyatakan hasrat ingin memeluk Islam. "

Jawab lelaki tersebut,

" Aku tidak pernah mengenal Islam,
Aku tidak pernah ada walau seorang pun kawan Islam,
Aku tidak pernah kenal walau satu pun kitab Islam.

3 hari lepas,
Aku didatangi mimpi,
Satu cahaya putih datang kepadaku,
Dan memberitahu,

" Jika kamu benar-benar cintakan Jesus, pergilah kepada Islam,
Kerana agama itu meletakkan Jesus di tempat yang benar. "

Setelah itu aku terbangun dan hanya menganggap itu mainan tidur.

Pada malam keesokkannya,
Aku didatangi mimpi yang sama,
Dan cahaya putih itu lebih terang dari malam sebelumnya,
Dan berkata perkara yg sama padaku.

Lantas keesokkan harinya aku pergi mencari Islam sehinggalah aku dibawa berjumpa denganmu.
Kerana aku tidak tahu bagaimana mimpi yang akan datang padaku malam seterusnya.

T_T


---

Kemudian azan isyak dilaungkan ,
Imam bangun untuk solat,

Dan lelaki itu termangu-mangu tidak tahu apa yg perlu dibuat.

Pesan imam,
Kamu hanya ikut dahulu apa yang orang lain buat.

Dan masuklah lelaki itu dalam saf solat,
Rakaat pertama,
Masih kekok untuk angkat takbir, qiam dan sebagainya,
Pada rakaat seterusnya,
Semakin lama dia jadi semakin selesa dan boleh mengikut perbuatan jemaah lain.

Tiba rakaat akhir,
Di sujud terakhir,
Imam bangun duduk tahiyat akhir,
Dan imam memberi salam.

Dilihat lelaki itu masih sujud di tempatnya,
Mungkin sedang menghayati nikmat bersujud di depan Tuhan kepada agama yang baru di anutinya.

Selesai doa dibaca,
Lelaki tersebut masih dilihat bersujud.

Lantas imam mendekati lelaki itu,
Untuk membangunkannya,
Dan memberitahu bahawa solat sudah selesai dikerjakan.

Sewaktu diangkat tubuh lelaki tersebut,
Lelaki itu lemah longlai,
Dan jatuh di riba imam,
Indahnya , lelaki itu meninggal dlm sujudnya.

--

Allahuakbar.
Allahuakbar.
Allahuakbar.

Benarlah hadith Nabi s.a.w :

" Ada orang yang mengerjakan amal perbuatan ahli neraka, hingga jarak antara ia dan neraka hanya satu hasta, namun suratan takdir rupanya ditetapkan baginya hingga kemudian ia mengerjakan amal perbuatan ahli syurga dan akhirnya ia pun masuk syurga."

Ustaz pesan,
Semoga kita sentiasa mengemis pada Allah,
Agar dikurniakan hidayah untuk berjalan di jalan orang-orang soleheen,muttaqin,
Sehingga ke akhir nafas kita.

Allahu Rabbi ,Allahu Rabbi , Allahu Rabbi.


T_T

Semoga kisah ini dapat mengetuk kekosongan dan kelekaan hati .

---

Tetiba terfikir,
Andai mimpi kedua tu juga lelaki itu menganggap ia sebagai mainan tidur,
Apa jadi dengan dia ?

Tetapi Allah Maha Pemurah melorongkan dia untuk mencari Islam.
Syukur.

Takdir Allah melangkaui takbir manusia.

----

Terfikir juga,
Malam seterusnya (iaitu pada malam dia meninggal),
Apa nikmat sebenar yang dia akan lalui di alam sana,
Di bandingkan dengan mimpi-mimpi indah mendapat hidayah Allah pada malam-malam sebelumnya ?

Iaitu nikmat yang tidak berkesudahan,
Yang menjadi matlamat sebenar setiap orang beriman.
Nikmat yang sebenar.

---

Indahnya kisah hambaMu ini, Ya Allah.



Gambar hiasan. Semoga dikurnia hidayah kepada kita semua.



Wallahualam.

Najwa Syolehah Jaafar
AlwaysALearner












Thursday, October 30, 2014

KENALI SIFAT HAMBA ALLAH YANG KAYA RAYA

MasyaAllah.
Hebat seorang hamba Allah ini.

Macam mana beliau boleh jadi seorang yang SANGAT low profile ?
Macam mana beliau boleh melawan nafsu dari memiliki kemewahan dunia,
Walau sedikit untuk kegunaan peribadi ? 
Amazing !

(saya share di profile FB saya dari Puan Ainon,ABS)

+ Lelaki penunggang motor kapcai ini memiliki 4 buah kilang makanan beku, dengan nilai eksport lebih RM400 juta setahun, sebuah ladang di Vietnam, sebuah kilang kain di India.... 

+ Kereta mewah Jaguar disediakan untuk kegunaan tetamu bisnesnya. 

+ Semua pengurusnya dibelikan BMW. 

+ Gaji beliau lebih rendah daripada gaji pengurus-pengurusnya.

+ Pak Arab Teluk menghantar jet peribadi bagi mengambil beliau di KL untuk hadir meeting bisnes. "



----

\0/ \0/ \0/
woohaaa !

----

" Islam suka orang kaya " - Prof Muhaya.

" Waktu peristiwa hijrah Nabi s.a.w ke Madinah,
Orang Quraisy Mekah menawarkan hadiah 100 ekor unta kepada sesiapa yang dapat menangkap Nabi s.a.w.

1 ekor unta pada harga sekarang, lebih kurang RM5000.
100 ekor unta, jumlahnya RM500,000.
Bayangkan tingginya taraf ekonomi pada zaman Nabi s.a.w tersebut.
Lebih 1400 tahun DULU " - Ustaz Masjid UPM.

----
Dengar satu slot di Ikimfm,
Tentang hebahan kelas belajar menjahit.
Ownernya bukan setakat promote kelas menjahit semata,
Dalam masa yang sama, buat dakwah.

Dia selalu pesan kepada sesiapa yang berminat nak ikut kelas menjahit dia,
Solat istikharah minta Allah tunjukkan perlu atau tidak mereka ikut kelas tu.

Baru-baru ni sempat dengar sekejap,
Dia menangis-nangis cerita tentang ikhlas.
Kaitkan dengan hari Akhirat nanti,
Keadaan di Padang Mahsyar.

Orang-orang kaya macam ni,
Luar biasa kekuatan dalaman mereka.

Semoga memberi inspirasi kepada muslim lain.
Termasuk muslim yang menulis ini.

--
We can see SOMETHING in ourselves, but we don't know what is IT , yet ..
And for sure, Obey to Allah must be the first priority .
The rest, seek guidance from Him .
He will adjust IT for you.

Wallahualam.

Najwa Syolehah Jaafar
AlwaysALearner

Friday, October 17, 2014

HAI MANUSIA, JANGAN BERSEDIH !


Wahai umat manusia sekalian, 

hai orang yang bosan dengan kehidupan, 
yang tidak ghairah dalam hidup ini, 
yang hari-harinya sempit dan jalan nafasnya tersumbat, 

di sana ada kemenangan yang nyata, pertolongan yang semakin dekat,
jalan keluar dari kesempitan dan kemudahan setelah kesusahan.

Persekitaran kita ada perkara-perkara kecil yang tersembunyi. 
Ada cita-cita yang indah, 
ada masa depan yang menjanjikan dan ada janji yang pasti.

Sesungguhnya kesempitan yang kita rasakan akan ada jalan keluar. 
Dalam musibah yang kita hadapi ada perkara yang akan menyelamatkan kita dari musibah itu sendiri. 
Justeru, di dalam perkara-perkara yang tidak kita sukai itu pasti ada nikmat dan kebaikan.

Wahai umat manusia, sudah saatnya kita menggantikan keraguan dengan keyakinan, penyelewengan hati dengan kebenaran, 
ketidaklurusan fikiran dengan hidayah, 
dan ketidaklurusan jalan dengan petunjuk.

Sudah sampai masanya kita menyingkap kegelapan dengan fajar shadiq, menggantikan harapan yang pahit dengan keredaan yang manis ,
dan cubaan yang gelap dengan cahaya yang menerangi segala kebohongan.

Wahai umat manusia, 
di sebalik ladang yang gersang itu ada tanah yang subur,
yang rezekinya melimpah ruah.

Di atas gunung yang pejal ada kebun yang sangat subur, 
yang tidak perlu disiram hujan lebat. 
Kebun itu memberikan khabar gembira, harapan yang baik dan cita-cita.

Wahai orang yang tidak nyenyak tidur dan yang selalu mengeluh kerana kegelapan, kegelapan akan tersingkap dan bergembiralah dengan datangnya pagi.

Wahai orang yang matanya selalu digenangi air mata, 
hentikan aliran air mata itu dan berikan kenikmatan kepada kedua bola mata mu. 

Tenanglah, kerana kita berhak mendapat perlindungan diri Sang Pencipta dan pemeliharaan dari kebijaksanaan Nya. 
Tenanglah qadha telah selesai, kebijaksanaan telah dirumuskan, 
rintangan sudah dapat dihilangkan, otot-otot kekuatan sudah kembali segar, 
dan pahala telah ditetapkan bagi yang terus berusaha.

Tenanglah, kerana kita sedang berurusan dengan Zat Yang Berkuasa atas urusan Nya, 
yang Maha Bijaksana atas hamba-hamba Nya, 
yang Maha Pengasih terhadap makhluk Nya, 
dan yang Maha Indah dalam segala pengaturan Nya.

Tenanglah, kerana akhir dari perjalanan itu adalah kebaikan, 
hasilnya adalah ketenangan dan penutupnya adalah kemuliaan.

Setelah kefakiran itu akan ada kekayaan, 
setelah kehausan akan ada kesegaran, 
setelah perpisahan akan ada pertemuan, 
setelah bertengkar, akan datang kerukunan, 
setelah terputus akan bersambung kembali, 
dan setelah tidak tidur malam pasti akan dapat tidur nyenyak.

-----
Credit to IA
Credit to DrMaza.

Shared , Video keajaiban istighfar.
No regret .
Worth watching .

Last quotes, 
" Cuba lah setiap orang,
sebanyak mungkin yang dia dapat istighfar pada satu hari,
dan cuba bezakan antara hari itu dan hari yang dilalui sebelumnya,
very simple things untuk kita buat ....
... dan cuba kita rasakan nikmat kehidupan pada hari itu . "

Lots of miracles will surely happen to our life given by Allah Taala.

Najwa Syolehah Jaafar
AlwaysALearner

Tuesday, October 14, 2014

SHARING DARI SEORANG NOT YET MUSLIM STUDENT

We may worry about our future career, our desire for an upmarket life, our education that will lead to our aim of exquisite life pleasures....
 
BUT there are some people in this nation and world that have to worry on how to survive on a day to day basis, how to earn one meal a day, how to rest at the sidewalks without being harmed.
 
It is INTOLERABLE to realize that some humans around us are deprived of the very basic rights of humans, which is food and shelter.
 
It is extremely saddening to see a posh restaurant with happy and well to do people (just like us) sitting enjoying their meal outside, while there are kids sleeping with hunger and no protection of the weather right outside of the place.

Our message is just one...to let you know that the world is imbalanced, in our comfort shell we do not know this, but this is reality.
 
As we are gifted with many advantages in life, please do feel the obligation to give back to the community as well.

saya respek dengan mereka-mereka yang bukan Islam,
Tapi mengamalkan amalan yang di ajar dalam Islam.

Yup,
Setiap agama mengajar untuk berbuat kebaikan.

Kerana Allah jadikan setiap ciptaanNya iaitu manusia berfitrahkan kebaikan.

=)

Syukur alhamdulillah.
Terima Kasih Allah..
 
Najwa Syolehah Jaafar
AlwaysALearner

CUCI KOLAM HATI~

Allahumma Solli 'Ala Muhammad.
---
Sedikit perkongsian.

Ada satu masa tu,
Waktu mula-mula baru pandai bawak kereta.

At one time,
Kereta berhenti dekat bukit,
Nak tunggu lampu isyarat.

Adik ada yang duduk sebelah,
Ada yang duduk belakang.

Dengan confidentnya,
Dalam hati berkata-kata,
" Ni yang nak tunjuk aku dah terer bawak kete.
Dah tak ada mati-mati enjin. "

Sebab memang sebelum-sebelum tu bawak sorang-sorang pun,
Alhamdulillah,semua ok.
Lancar je perjalanan.

Tiba waktu traffic light hijau,
Turun handbrake,
Ingat dah setting baik clutch dan minyak,
Rupa-rupanya mati jugak.
Haha.

Maka di atas kegagalan itu,
Muhasabah lah diri ku ini.

Kalau ada niat tak elok macam tadi,
Nak berlagak dengan adik,
Sekelip mata je Allah gagalkan perancangan tu.

Tersenyum sendiri.
Memang sungguh lah,
Allah itu tahu isi hati kita lebih dari diri kita sendiri.

Banyak kali terasa bila Allah gagalkan perancangan yang,
Bila difikirkan balik,
Ooo..rupanya niat tak betul.

Elok sangat lah benda itu tak jadi,
Daripada jadi.

Hebat kan Allah.

Moral of the story,
Baiki hati.
Allah tahu semua perkara.
-------
Normal sebagai manusia,
Hati ni tak lah bersih mana.

Tapi ingat satu benda,
Allah itu tahu niat kita.

Kita terdetik benda jahat,Allah tahu.
Kita nak betulkan balik niat jahat tu pun,Allah tahu.

So,
Since semua Allah tahu.
Ambillah kesempatan,
Bila terdetik sesuatu yang tak betul bermula dari hati,
Back to Allah.
Komunikasi dengan Allah,
Cakap lemahnya kita sebagai manusia.

Betulkan aku semula Ya Allah.
InshaAllah,
Lepas tu Allah tolong kita buang semua niat-niat tak elok tu.

Semuanya berlaku dengan izin Dia.
Siapa lah kita.
Kan..

Wallahua'lam.

Najwa Syolehah Jaafar
AlwaysALearner