MasyaAllah.
Hebat seorang hamba Allah ini.
Macam mana beliau boleh jadi seorang yang SANGAT low profile ?
Macam mana beliau boleh melawan nafsu dari memiliki kemewahan dunia,
Walau sedikit untuk kegunaan peribadi ?
Amazing !
(saya share di profile FB saya dari Puan Ainon,ABS)
" + Lelaki penunggang motor kapcai ini memiliki 4 buah kilang makanan beku, dengan nilai eksport lebih RM400 juta setahun, sebuah ladang di Vietnam, sebuah kilang kain di India....
+ Kereta mewah Jaguar disediakan untuk kegunaan tetamu bisnesnya.
+ Semua pengurusnya dibelikan BMW.
+ Gaji beliau lebih rendah daripada gaji pengurus-pengurusnya.
+ Pak Arab Teluk menghantar jet peribadi bagi mengambil beliau di KL untuk hadir meeting bisnes. "
----
\0/ \0/ \0/
woohaaa !
----
" Islam suka orang kaya " - Prof Muhaya.
" Waktu peristiwa hijrah Nabi s.a.w ke Madinah,
Orang Quraisy Mekah menawarkan hadiah 100 ekor unta kepada sesiapa yang dapat menangkap Nabi s.a.w.
1 ekor unta pada harga sekarang, lebih kurang RM5000.
100 ekor unta, jumlahnya RM500,000.
Bayangkan tingginya taraf ekonomi pada zaman Nabi s.a.w tersebut.
Lebih 1400 tahun DULU " - Ustaz Masjid UPM.
----
Dengar satu slot di Ikimfm,
Tentang hebahan kelas belajar menjahit.
Ownernya bukan setakat promote kelas menjahit semata,
Dalam masa yang sama, buat dakwah.
Dia selalu pesan kepada sesiapa yang berminat nak ikut kelas menjahit dia,
Solat istikharah minta Allah tunjukkan perlu atau tidak mereka ikut kelas tu.
Baru-baru ni sempat dengar sekejap,
Dia menangis-nangis cerita tentang ikhlas.
Kaitkan dengan hari Akhirat nanti,
Keadaan di Padang Mahsyar.
Orang-orang kaya macam ni,
Luar biasa kekuatan dalaman mereka.
Semoga memberi inspirasi kepada muslim lain.
Termasuk muslim yang menulis ini.
--
We can see SOMETHING in ourselves, but we don't know what is IT , yet ..
And for sure, Obey to Allah must be the first priority .
The rest, seek guidance from Him .
He will adjust IT for you.
Wallahualam.
Najwa Syolehah Jaafar
AlwaysALearner
Najwa Syolehah Jaafar
AlwaysALearner

No comments:
Post a Comment