Hitam dan putih.
Kata mereka. Nampak elegan. Mewah.
Hitam itu menawan. Putih itu suci.
Hitam itu menawan. Putih itu suci.
Saya suka analogikan hitam putih ini dengan kehidupan yang saya jejak hari-hari.
---
Begini,
Bila satu kertas putih.
Tiba-tiba saya tandakan dengan pen hitam atas kertas putih itu? Satu titik,
Lalu saya tunjukkan pada awak.
Awak kata, eh kenapa ada hitam ini?
Saya akan kata... "Sebab dia kertas"
Awak tanya lagi. Kenapa kalau dia kertas?
Lalu saya cuma ungkapkan apa yang saya fikir. Saya katakan awal-awal pada awak. Kalau saya salah, tegur ya. Sambil saya buat smiley senyum.
Saya suka analogikan begini. "Kita macam kertas putih. Bila ada titik hitam, satu titik cuma, orang sekeliling akan pandang satu titik hitam itu sebagai satu kesilapan besar."
Sambung saya lagi... Saya mahu awak jelas. Saya mahu ia terang.
Katalah, saya, yang awak lihat sebagai seorang sempurna. Lalu saya, lakukan kesilapan. Kesilapan tu bagi saya macam alami. Saya sendiri tak mahu kesilapan itu. Siapapun tak suka buat kesilapan kan? Tapi bagi awak, tak. Lalu awak hukum saya dengan satu kesilapan cuma itu.
Adilkah begitu? Itu persoalan terakhir.
Yang utama... Persoalan awak kepada saya : Kenapa awak lakukan kesilapan itu?
Jawab saya jujur dan tulus. "Sebab saya manusia."
Macam tu juga dengan kertas... Fitrahnya, putih, bersih, cantik. Tapi, bila ada titik hitam, adakah ia mengotorkan kertas itu? Lalu, perlukah kertas itu dibuang, dibakulsampahkan?
TAK. Sebab dengan satu titik itulah bermula huruf dan perkataan. Bermula aksara dan nombor. Bermula segalanya....
Dan, begitulah saya. Begitulah kita. Kesilapan, kecil atau besar, bukanlah masalah untuk manusia berubah dan terus melangkah. Kesilapan besar atau kecil, bukanlah bermaksud akhiran kita tidak baik. Kesilapan itu kadang-kadang bermulanya satu titik perjuangan kita ke arah kebaikan. Siapapun tidak mahu kesilapan terus berpanjangan.
Yang utama, adalah bagaimana kita mengakhirkan kesilapan itu dengan perkara yang boleh memberi manfaat kepada manusia. Dan, kitalah yang mesti tentukan kehidupan ini mesti diakhirkan dengan apa, dengan hitamnya dakwat yang memberi pengetahuan dan pengalaman kehidupan, atau masih terus dalam kesesatan?
Ini cuma sedikit sahaja. Sebab saya manusia, saya tak mahu lihat kekurangan awak terlebih dahulu, sedangkan saya sendiri masih mencari apa kelebihan saya... Malah, tak adil saya melulu hukum awak begini dan begitu, sedangkan akhirnya saya nanti, saya sendiri pun tak tahu.
Berhentilah mencari kekhilafan manusia lainnya, tanpa menilai khilafnya kita.
Berhentilah selidik kesilapan orang lain, tanpa sibuk selidik silap sendiri.
Berhentilah bercakap mengenai salahnya mereka, tanpa muhasabah salahnya diri.
.
.
.
.
Surah Dhuha. Ayat 4. dan Sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
(NFA 2011)
------
Maha Suci Allah.
From Akademi Sinergi Ikhlas.
Setitik yang tidak cantik, kita tambahkan ukiran menjadi hasil yang cantik.
--
--
Najwa Syolehah Jaafar
AlwaysALearner
AlwaysALearner

No comments:
Post a Comment