Assalamualaikum..
Pagi ni seperti biasa, membaca Al-Quran..
Sampai pada satu ayat,
Surah An-Nahl, ayat 111
yang membawa maksud :
" (Ingatlah) suatu hari (ketika) tiap-tiap diri datang untuk membela dirinya sendiri dan bagi tiap-tiap diri disempurnakan (balasan) apa yang dikerjakannya, sedang mereka tidak dianiaya (dizalimi). "
Lantas terngiang-ngiang dalam kepala aku akan dosa-dosa masa lalu aku..
Jantung rasa nak gugur, berdebar-debar.
T_T
T_T
Kemudian cakap la dengan Allah,
Ya Allah, aku mohon Kau padamkan dosa-dosa aku dari kitab aku Ya Allah.
Mudah-mudahan aku datang menghadapMu nanti untuk dihitung semua,
dibuka kitab amalan dan diceritakan satu persatu apa yang aku buat,
Kisah-kisah dan dosa-dosa dahulu sudah Kau padamkan dari catatan.
Aku bertaubat ya Allah, dari kesalahan dan kebodohan aku...
T_T
Kemudian teruskan bacaan..
Dan apabila selak muka surat sebelah,
Membaca lagi...
An-Nahl, ayat 119,
Kalam Allah yang membawa maksud :
" Kemudian, sesungguhnya TuhanMu (mengampuni) bagi orang yang mengerjakan kesalahan kerana kebodohannya, kemudian mereka bertaubat setelah itu dan memperbaiki (dirinya), sesungguhnya TuhanMu setelah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Allahuakbar,
aku rasa betul-betul Allah sedang mendengar aku..
Rasa berbunga hati seolah-olah Allah sedang menjawab aku.
Allah, Allah.
Baru pertama kali aku rasa macam tu.
Sebelum ni aku dengar kisah orang-orang Hijrah,
yang Allah sentiasa menjawab mereka bila mereka membaca kalam suci itu.
Aku jadi cemburu, kenapa aku tak ada pengalaman macam tu..
Alhamdulillah harini Allah bagi aku rezeki itu.
Senyum dalam hati..
:)
Berbalik pada makna ayat 119 tersebut..
Aku teringat akan satu kuliah dari Mufti Terengganu,
S.S Dr Zulkifli Muda..
Ada cerita tentang mereka-mereka yang berdosa,
Kemudian masuk Islam,
dan mereka bersungguh-sungguh dengan taubat mereka,
dengan membuktikan perjuangan dalam Islam atau dalam berbuat kebaikan.
Contoh pertama,
tentang kisah Wahsyi yang telah membunuh Saidina Hamzah, bapa saudara Nabi s.a.w dalam perang Uhud.
Apabila Wahsyi telah masuk Islam,
Dia bersungguh-sungguh ingin menebus kesalahan tersebut dengan membunuh Musailamah Al-Kazab seorang nabi palsu dalam Perang Yamamah sewaktu pemerintahan Saidina Abu Bakar r.anhu.
Kisah kedua sebagai contoh,
tentang kisah mahsyur Si Pelacur yang memberikan minuman kepada anjing.
Si Pelacur itu bertaubat dari kesalahannya.
Sedang dalam perjalanan, dia terserempak dengan anjing yang kehausan,
lalu pelacur ini menawarkan dengan membantu mengambil air buat anjing tersebut.
Lalu dengan perbuatan baiknya itu Allah redha padanya dan menempatkannya di Syurga.
Dari kedua-dua kisah ini,
Al- Fadhil Mufti menghuraikan bahawa,
Sekiranya seseorang itu bertaubat dan bersungguh-sungguh menebus kesalahan dosa-dosanya yang lalu dengan amal soleh,
InshaAllah padanya ada keampunan dan redha Allah.
Jadi, ini semua menjadi inspirasi bagi aku yang suatu masa dulu pernah berdosa besar,
Lalu bertaubat dan ingin sentiasa meminta keampunan dari Allah.
Apa yang sedang aku usahakan..
Aku cuba untuk terus menjadi orang yang baik,
Belajar untuk membuat dan pertingkatkan amal soleh,
Cinta akan ilmu untuk sentiasa perbaiki diri,
Dalam masa sama menulis dan mengingatkan orang lain juga bahawa rahmat Allah sangat-sangat besar dan banyak di atas muka bumi ini.
Carilah..carilah..carilah..
Kita tidak akan mencari sesuatu yang lain, seperti sesuatu perkara yang boleh mengundang kemurkaan atau tidak redha Allah,
sekiranya dalam hidup ini kita hanya sibuk mencari rahmat Allah dan semua perkara yg Allah redha saja.
Ya sahabat..
Kita tidak akan punyai masa untuk sesuatu yang lain sekiranya kita sibukkan masa kita dengan hanya mencari sesuatu yang Allah sukai saja.
Wallahua'lam..
Sedarlah sahabat,
Kita semua pendosa.
Sebaik-baik orang yang berdosa, adalah orang yang sentiasa mengharapkan keampunan Allah di atas dosa-dosanya. (Maksud Hadith)
Allah izinkan aku terus menulis,
Sebagai peringatan diri sendiri dan sahabat-sahabat yang lain.
Regards,
Najwa
'Abdillah.
#sebarkankebaikan
No comments:
Post a Comment