Satu hari,
Subuh-subuh syapie lagi Mak dah bukak ceramah.
Antaranya,
Kat dunia ni kalau kita ada buat silap,
Boleh la ada orang nak tegur lagi,
Masih boleh lagi bergantung pada orang lain nak buat itu ini.
Kita hidup kat dunia ni umur tak la panjang mana,
60-70 tahun,
Lepas tu,
Mati la.
Cuba bayangkan bila dalam kubur nanti,
Nak tunggu hari kebangkitan,
Entah berapa lama kena tunggu dalam kubur,
Kalau 300 tahun,500 tahun,
Siapa nak teman kita nanti?
Dah tak ada orang lain.
Amalan kita je la yang teman kita.
T_T
Penangan semalamnya Mak dengar kuliah 2jam Ustaz Don kt opis.
Nampak benar puas hatinya.
Walau 2jam,
Tapi macam-macam ilmu dapat.
Tak pernah rasa macam tu.
Ustaz Don dulu nakal kat sekolah.
Sekolah biasa je,
Bukan sekolah agama pun.
Sebab nakal,
Lepas spm ayah dia hantar masuk universiti Al-Azhar.
Umur 18 tahun.
Kemudian,
Dia ambil masa 3tahun sahaja untuk hafaz Quran.
Umur 21 dah habis menghafaz 30 juzuk.
Cer kita bayangkan,
Budak nakal boleh hafaz Quran dalam masa yang tak lama.
Nakal tu hanya sifat luaran manusia.
Kalau dalaman dia bersih,
Sesuatu yang melibatkan benda yang kita tak nampak,
Iaitu hati,
Kalau hati dia bersih,
Walau senakal mana pun dia,
InshaAllah kalau dia menuntut ilmu,
Allah mudah bagi faham.
Lancar je benda-benda baik nak masuk dalam diri.
Sebab tu lah,
Kita tak boleh kerja nak menghukum orang lain je.
Hanya berdasarkan sifat luarannya sahaja.
Sedangkan rohaninya,
Hubungan dia dengan Allah,
Entah-entah jauh lebih baik dari kita ni.
Macam lirik lagu Hijjaz,
" Hati tempat jatuhnya pandangan Allah,
Jasad lahir tumpuan manusia. "
Wallahua'lam.
Najwa Syolehah Jaafar
AlwaysALearner
No comments:
Post a Comment