Berfacebook walking,
Saya terjumpa satu fakta ini,
MasyaAllah.
Bila kita baca kisah para sahabat Nabi,
Peribadi mereka,
Akhlak mereka,
Sifat mereka,
Sungguh berasa kagum.
Dengan para sahabat pun sudah berasa kagum,
Apatah lagi dengan peribadi Rasulullah,
Yang mengajarkan mereka.
Apabila bayangan peribadi dan sifat para sahabat,
Dilihat ada pada susuk seorang hamba Allah ini,
Di zaman yang umat semakin jauh dari amalan Nabi,
Jauh dari Allah,
Maka,
Layak la beliau di angkat sebagai pemimpin Islam di kalangan masyarakat setempat.
Siapakah beliau ?
Itulah Dr Mursi,seorang pemimpin yang hafaz 30 juzuk Quran.
----------------
Antara ciri-ciri peribadi Dr Mursi .
a. Presiden Negara arab yang pertama mempunyai PHD
b. Presiden Negara Arab pertama yang menghafaz Al – Quran 30 juzuk
c. Presiden Negara arab yang pertama tidak mahu tinggal di istana presiden
d. Presiden Negara arab yang pertama tinggal di rumah sendiri yang disewa (beliau masih membayar sewa rumah pada bulan terakhir beliau tinggal sebelum digulingkan oleh As Sisi)
e. Presiden Negara Arab yang pertama yang ada kajian penyelidikan sendiri (hasil penyelidikan beliau dibentang dan digunakan di Amerika ketika berkhidmat di sana sebelum mengambil keputusan untuk balik ke Mesir)
f. Presiden yang selalu melaungkan iqamah bila hendak mendirikan solat.
g. Setiap hari beliau tidak pernah solat tanpa berjamaah.
h. Beliau sentiasa menunaikan solat subuh secara berjamaah di masjid berhampiran tempat tinggalnya.
Sumber : Solah Abdel Maqsood,
Menteri Penerangan Mesir (zaman kerajaan sah Dr Mursi)
Kredit : Ustaz Rofazlin Jusoh
*catatan peribadi di Ceramah Khas | Krisis di Mesir, Kesannya terhadap masa depan Palestin & Syria
----------------
Semoga susuk pemimpin Islam ini,
Sentiasa dipelihara Allah,
Serta umat Islam mengikuti sifat dan peribadi yang ditunjukkan oleh para pemimpin Islam,
Dalam jalan menuju Allah.
Andai aku termasuk dalam kalangan orang yang buta agama,
Aku mohon agar aku terkeluar dari senarai tersebut dengan petunjuk ilmu dan hidayah dariMu,
Wahai Pemilik Sekalian Alam.
Najwa Syolehah Jaafar
AlwaysALearner

No comments:
Post a Comment