Bismillah..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga usaha yang sedikit memberi erti dan makna yang besar-sebesarnya di sisi Allah Taala.
Kebaikan yang dibuat,
Ku doakan agar pahalanya berterusan disalurkan juga kepada mak dan ayah,
Juga kepada sesiapa jua yang memberiku walau sebesar zarah kebaikan sepanjang hidup di atas muka bumi Allah.
Ku doakan agar banyak hati-hati yang mengambil kebaikan atas perkongsian tulisan ku yang tidak seberapa.
Segala perkongsian adalah untuk peringatan tidak lain,terutamanya adalah untuk diriku sendiri dan juga kepada hati-hati yang meminta untuk diingatkan.
Semoga menjadi asbab kebaikan walau sekecil cuma.
Kata Rasulullah s.a.w tercinta,
Jangan memandang remeh walau sekecil-kecil kebaikan.
Kerana kita tidak tahu amalan yang manakah yang akan menempatkan kita di syurga Allah Taala yang Maha Indah.
Wallahu A'lam.
Asbab diriku yang serba doif,
Aku terima segala teguran atas apa-apa yang tidak benar dalam penyampaianku.
Semoga Allah redha,dan ampuni dosa-dosa kita semua.
Senyum. =)
Najwa Syolehah Jaafar
AlwaysALearner
No comments:
Post a Comment