Monday, June 2, 2014

MARI BER'TOUCHING' .

 Sedikit Kisah Touching.




Satu hari,
Pergi ke sebuah pasaraya untuk membeli sedikit barang keperluan.

Sebelum sampai entrance,
Jumpa seorang anak berusia dalam lingkungan umur belasan tahun.
Sambil menjual kismis doa.
Kemas pakaiannya,baik paras rupanya.

Tak berniat pun nak makan kismis tu.

Tapi tak pe,keluarkan duit.
Letak atas kotak-kotak kismis yang dijual tu.
Dan tangan saya mengambil sebungkus kotak kismis.



Adik tu ambil lagi kotak lain untuk berikan lagi kepada saya.
Saya cakap,takpe.Akak nak sekotak je.
.



Kemudian saya pun masuk la pasaraya tu.
Dah ambil barang-barang nak beli,
Pergi pula ke bahagian makanan.
Sambil-sambil nak belanja adik makanan ringan,
Terdetik dekat hati nak belikan juga untuk adik yang jual kismis tadi.
Packing-packing makanan untuk dia,sambil mohon dalam hati,


dapat la jumpa lagi adik tu kat luar nanti.

Keluar dari pasaraya,tercari-cari dia.
Syukur masih ada.
Bagi pada dia,sambil pesan,
"Nah,untuk alas perut."

Touching weh.
Saya bandingkan dengan keadaan diri,
Waktu malam-malam macam tu,aku duduk kat rumah dgn keluarga,lepak2,rehat2.
Tapi adik tu?
Waktu macam tu,aku masih boleh beli macam-macam,walaupun tak banyak,tapi masih ada pilihan untuk membeli.
Tapi adik tu?

T_T

Macam-macam lagi weh.
Aku punyai pilihan yang lebih baik dari adik tu.
Dan aku jarang betul nak ucapkan dan zahirkan kesyukuran.


Dah keluar dari parking,bergerak balik.
Mata sempat lagi mencari adik itu.
Nampak plastik yang saya bagi tu terikat di beg galas dia.
Allah.indahnya terasa nikmat itu.

Semua ni kerja Allah,
Kalau Allah tak gerakkan hati saya buat macam tu,
Maka tak dapat la saya buat macam tu.

Kerana apa?
Kerana dia tahu banyaknya dosa hamba Dia yang sorang ni.
Dari situ Dia bagi ilham untuk sedikit-sedikit cover dosa yang ada.

Alhamdulillah.



Terima kasih Allah.

Allah The Great !

Najwa Syolehah Jaafar
AlwaysALearner

No comments:

Post a Comment