Wednesday, June 11, 2014

KISAH ANAK KECIL INI

Waktu ice breaking,
Semua peserta wajib memperkenalkan diri masing-masing.
Ada seorang budak ni,kecik je badan dia,
Dan ternyata dia antara 2 peserta yang termuda,
Baru darjah satu.
Yang lain,ada yang darjah 3,darjah 5,sehingga yang paling dewasa berumur 13 tahun.

Waktu dia kenalkan diri,
Suara dia tak berapa kedengaran,
Dan sebutan nama dia pun tak berapa clear,
Sambil main-main tangan.
Tak macam budak-budak lain yang kuat-kuat intonasi suaranya.

Dah kenal beberapa lama kemudian,
Baru tahu nama dia,Daing.
Dan dia kelihatan hyperaktif berbanding yang lain,
Apatah lagi dengan raut mukanya yang menampakkan kenakalan.

Ada juga beberapa kali menegur dia dengan aksi-aksinya.

Waktu dalam kelas belajar Al-Quran,
Saya tengok dia tak fokus,
Kawan-kawan dalam group dia masing-masing boleh ikut apa yang ustaz suruh buat,
Tapi dia macam berkhayal dengan dunia dia,
Buat hal dia sendiri.

Kalau buat apa yang ustaz suruh pun,
Dia hanya tiru dari kawan-kawan dan dari situ nampak yang rupanya
dia tak boleh ikut apa yang kawan-kawan dia tengah belajar.

I can’t just see and comment on that situation,
Wihout any action.

Saya tarik kerusi,
Duduk sebelah dia.

Tanya-tanya dia sikit.
Ok,baru faham.
Rupanya ada yang dia tak belajar lagi,
Sebab tu dia tak boleh ikut.

Maka bermulalah sesi ‘ coaching 1 by 1. ‘
Coaching lah sangat..

Coaching yang,
Bukan mengikut cara saya.
Tapi saya pilih untuk mengikut cara dia.

Saya selak-selak buku,
Mula dari muka surat awal-awal.

“ ok, cuba Daing tunjuk,
Yang mana Daing tahu baca ? “

Bila buat macam tu,
Respon dia sangat ok,
Dia selak, sambil dia mula bercakap-cakap sikit.

Daing seorang budak yang,
Tidak banyak bercerita macam yang lain,
Percakapan nya keras, suaranya kasar,
Intonasi suara nya mendatar tak ada lenggok macam kanak-kanak biasa,
Dan dia susah sangat nak senyum.

Saya pasti,
Daing kekurangan sesuatu.

Waktu ajar dia,
Setiap perkataan yang keluar dari mulut saya,
Saya avoid untuk keluar benda yang negatif.

Contohnya,
Lepas dia dapat sebut satu-satu ayat,
Puji dia, “Bagusnya Daing!” ,
“ Pandainya Daing!” ,
“ Tak sangka Daing pandai rupanya. “
“ Ok,Daing cuba baca yang ini, senang je ni,sebab Daing pandai! “
Almost setiap kali sebelum atau selepas dia habis baca satu-satu perkataan,
Saya akan cakap macam tu.

Yet,
He is a very good child.
Anak yang mendengar kata.
Semua yang saya suruh baca,
Dia ikut.
Kadang-kadang,dia tak pasti dengan apa yang dia baca,
Dia akan tanya dengan suara kasar dan keras dia tu,
“ betul ke? “

Keesokkan harinya,
Bila saya lambat masuk kelas,
Waktu rehat,
Dia jalan dan datang dekat saya,
Dan tanya,
Kenapa ustazah datang lambat?

Oh!touchingnya !

Baru je ajar dia sekali malam tadi,
Plus dia budak yang ‘macam tak ada perasaan’,
Budak yang macam tak ambil kisah semua benda,
Datang tanya macam tu pada saya.
Tacing ‘ustazah’ tau!
=)

Waktu nak balik,
Dia leka tengok video Salahuddin Al-Ayyubi,
Duduk sorang-sorang dekat kerusi,
Saya pun menyelit duduk atas kerusi yang sama,
Sambil-sambil tu cakap,
 “Daing nanti jangan lupa doa untuk ustazah yer.”

Dia diam je,tak jawab.
 “Daing nak doa apa untuk ustazah ?”
Dia jawab, “Ada lah, rahsia. “
Haha.

Rindu kat Daing,
Semoga dia membesar menjadi anak yang soleh,
Dan menjadi somebody kepada masyarakat.

Daing seorang yang special.
Dia rare!
---------------
Ini sekadar cebisan kisah realiti.

Saya pernah mendengar luahan seorang ibu,
Yang menceritakan tentang anak-anaknya.

Yang pasti,
Situasi itu sangat tipikal berlaku di kalangan ibu-ibu,
Di mana ibu-ibu hanya meluahkan kekesalan dan keluhan pada perangai anak-anak.
Teramat jarang mendengar kisah-kisah anak sendiri yang dibanggakan keluar dari mulut ibu.

Yang dibangga-banggakan adalah anak-anak orang lain.
Kenapa anak aku tak macam anak mereka.

----
Bila dengar si ibu luahkan keluhan tentang anak-anaknya,
Saya tak berani nak cakap lebih-lebih,
Saya hanya mampu tersenyum,
Sebab kalau saya yang jadi anak-anak,
Dan mendengar tentang itu,
Saya pasti sedih.

Oleh sebab tak nak lukakan dan mencederakan hati seorang ibu,
Saya hanya mampu menjawab,
“ Makcik doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka yer. “

-------
Selalu saya dengar,
 “ Jika Allah inginkan kebaikan pada seseorang,
Allah mudahkan dia untuk memahami agama. “

Dan first time saya dengar,
Sewaktu seminar baitul muslim,
“ Jika Allah inginkan kebaikan dalam sesebuah keluarga,
Allah akan bagi kelembutan pada keluarga tersebut. “

Jom kita kurangkan cakap menggunakan perkataan kasar dan kesat,
Sebaliknya ganti dengan perkataan lemah lembut dan berbudi bahasa.

Siapa panduan kita ?
Sudah tentu Rasulullah s.a.w. yang sentiasa berlemah lembut terhadap keluarga baginda.

Wujudnya masyarakat terbaik,
Bermula dari individu dan keluarga.

Wallahua’lam.

Sekadar berkongsi rasa.
Masing-masing ada pendapat berbeza.

Ustazah sangat.

Najwa Syolehah Jaafar
AlwaysALearner








No comments:

Post a Comment